Quantcast
Channel: AKU ISLAM
Viewing all 112 articles
Browse latest View live

7 Cara Blog Bantu Seorang Penulis Baru

$
0
0

penulis baru blogAnda tahu tak apa kekuatan seorang penulis?

Kekuatan seorang penulis pada 2 perkara:

  • Kehalusan “jiwa penulis”nya
  • Kemahiran ia menyampaikan emosi, idea dan perkongsiannya melalui tulisan.

Dengan ada kedua-dua tersebut, maka penulisan yang dihasilkan oleh penulis tersebut ada “roh” yang memberi kesan kepada pembacanya.

Dan bagi seorang penulis baru atau sesiapa sahaja yang berminat menghasilkan karya penulisan, kedua perkara itu yang perlu dipertingkat dan dipertajamkan. Dengan latihan yang berterusan dan usaha yang kuat.

Banyak sangat perkara yang boleh membantu penulis baru tadi untuk mengasah dua perkara tersebut seperti membaca sebanyak mungkin buku penulis best seller, meniru gaya penulisan penulis yang berpengalaman, menghasilkan karya pendek setiap minggu atau bulan dan lain-lain.

Tapi ada satu platform yang juga terbukti  berkesan bantu seorang penulis. Tahu tak apa dia? – BLOG.

Pengalaman saya selama hampir 2 tahun menggunakan blog untuk menulis dan berkongsi, dan hasil pembacaan dan perkongsian yang saya dapat daripada penulis lain, sangat terbukti peranan Blog dalam membina “jiwa penulis” dan mengasah kemahiran menulis.

Ada 7 cara Blog bantu seorang penulis baru, caranya :

1. Memaksa menulis

Seorang penulis baru sangat perlukan dorongan atau paksaan untuk menulis. Sebab menulis bukan perkara mudah. Adakalanya ketika ada aktiviti lain selain daripada aktiviti menulis, seorang penulis baru kadang-kadang tak “sanggup” memilih aktiviti menulis. (kalau anda seorang penulis baru anda faham apa yang saya cakap.. :D”)

Jadi bagaimana blog bantu? Blog bantu seorang penulis dari sudut mindanya. Ketika seseorang membuka blog peribadinya, yang jadi kerisauannya adalah blognya jadi tempat “sarang labah-labah” berkumpul. Jadi, dari sudut psikologinya, seorang penulis sentiasa terdesak untuk menghasilkan artikel baru.

Jika dia berterusan mendesak dirinya untuk menulis untuk mengisi blognya, ini beri kesan kepada “jiwa penulis”nya. Semakin kuat jiwa penulis dalam dirinya, semakin ringan aktiviti menulis untuk dia lakukan.

2. Bebas format

Di antara satu perkara yang mengganggu seorang penulis baru adalah terlalu memikirkan format. Bentuk “font”, saiz “font”, selang baris, berapa ayat dalam satu perenggan, patah perkataan dll.

Bagi seorang penulis baru, ia mampu menjadi kekangan dan halangan aliran idea.

Menulis perlu lancar macam aliran air. Maksudnya idea tu tak boleh tersekat-sekat.  Kalau tersekat, karya susah siap.

Bagusnya blog, ia tak tetapkan sebarang format khusus. Kita bebas menulis dan menghasilkan artikel dalam apa juga bentuk format penulisan yang kita mahu.

Nak 100 patah perkataan boleh, 300 boleh, 1000 boleh dll. Nak tulisan berwarna boleh, hitam putih sahaja pon boleh. Nak letak gambar boleh, tak letak pon tak apa. Nak saiz tukar-tukar boleh.

Dengan format bebas ni, ia tak mengganggu penulis untuk menulis. Oleh itu, penulis dapat beri tumpuan sepenuhnya kepada memahirkan kemahiran menulis.

Nota : Walaupun format blog post tu bebas tapi kita boleh hasilkan blog post yang menarik, saya ada kongsikan tips tersebut dalam ebook report Tarik Perhatian Pembaca Blog Anda. Klik untuk dapatkan ebook percuma tu.

3. Menyuntik keberanian

Antara perkara yang menakutkan bagi seorang penulis baru adalah berkongsi hasil karyanya dengan orang lain. Itu perasaan biasa. Sebab takut? Kerana takut dikritik.

Blog membantu untuk mengikis perasaan takut itu sedikit demi sedikit. Dengan memilih untuk “publish” artikel yang ditulis, itu sudah membuatkan separuh daripada rasa takut itu hilang.

Apabila seorang penulis baru, kerap menghasilkan artikel atau blog post yang berkongsikan idea, emosi dan sebarang info, lalu membuatkan dia menekan button “publish” berulang kali, secara psikologinya, perasaan takut itu semakin berkurangan.

Kerana perkara yang berjaya dibuat berulangkali itu (walaupun kecil) ia boleh menghilangkan ketidakyakinan yang ada dalam diri.

4. Mendapat komen yang membina

Apabila seorang penulis mengambil langkah berani mempamerkan hasil tulisan dan karyanya untuk bacaan umum, maka dia juga perlu berani untuk berdepan dengan komen pembaca.

Komen ni satu perkara yang menakutkan bagi semua orang. Sebab komen itu ada dua – satu, membina semangat dan idea dan satu lagi, meruntuhkan semangat dan idea.

Disebabkan seseorang  tidak tahu komen jenis mana yang bakal dia terima, maka majoriti individu menarik diri daripada menerbitkan sebarang karya.

Itu satu kerugian.

Blog di sini tidak membantu dalam menentukan jenis komen yang masuk. Sebab itu hak pembaca. Namun blog boleh beri peranan menapis komen yang akan diterbitkan.

Mungkin sahaja kalau anda takut menerima komen yang meruntuhkan semangat secara direct, anda boleh setting untuk approve komen. Dengan itu anda boleh baca dulu. Supaya komen di bahagian blog post artikel itu semuanya positif dan memberi semangat dan komen negative akan didelete.

Tapi bukan itu yang saya ingin fokuskan. Di antara cara blog membantu penulis baru adalah menyediakan ruang untuk merekod komen-komen. Komen yang datang daripada pembaca sangat bagus untuk penambahbaikan penulisan penulis.

Dengan mengumpul komen-komen ini, penulis mampu memajukan diri dan tidak syok sendiri.

5. Momentum berterusan

Ini apa yang paling saya suka tentang blog. Ia sangat membantu dalam mengekalkan momentum semangat yang ada dalam diri penulis.

Bagaimana blog membantu?

Blog tidak pernah meletakkan syarat setiap blog post itu mesti panjang dan berbentuk ayat sepenuhnya.

Dengan kebebasan itu, penulis mampu mempelbagaikan bentuk penulisan bagi blog postnya. Apabila tiada tekanan yang berat dan ruang mengarang yang luas, maka semangat menulis itu mampu kekal pada hari pertama sehingga hari seterusnya.

6. Idea untuk penulisan baru

Antara kesukaran penulis baru adalah memutuskan topic atau idea baru untuk penulisan baru. Jadi agak sukar untuk mendapatkan idea tanpa sebarang rujukan.

Tapi sebenarnya, blog mampu membantu untuk mengatasi masalah ini. Kalau penulis telah hasilkan 5 blog post, dan kering idea ketika ingin hasilkan blog post ke-6, maka apa yang perlu dia lakukan adalah dengan melihat dan membaca semula 5 blog post sebelum itu.

Saya sering dapat idea untuk tulisan baru dengan melihat kembali tulisan lama yang saya hasilkan. Mungkin ada ruang untuk kita perdalamkan perbincangannya. Atau ada sudut baru yang boleh kita ceritakan. Atau ada penambahan baru untuk kita huraikan. Dll.

7. Artikel terkumpul

Ini bahagian paling menarik. Sebenarnya, seorang penulis baru boleh menghasilkan buku pertamanya dengan menggunakan jasa baik blog.

Apa maksud saya? Blog adalah pengumpul penulisan kita paling setia. Setiap karangan kita akan dia rekod dan simpan.

Bayangkan kalau kita menulis cerpen di blog untuk tempoh 30 hari. Setiap hari satu post. Genap sebulan, kita telah mempunyai 30 cerpen yang mampu diharmonikan untuk dijadikan satu buku.

Ini antara 7 cara blog mampu bantu penulis baru. Bahkan penulis lama juga. Jadi kalau anda memang ada cita-cita menjadi seorang penulis, jangan abaikan blog sebagai platform permulaan.

p/s : Anda ada pandangan tersendiri tentang peranan blog? Kongsikan di bahagian komen?

Nama saya Muhammad Hosnee. Telah menjadi seorang penulis fulltime (baru berhenti kerja di IPTA). Sangat berminat dengan dunia penulisan. Cuba berkongsi tentang mengasah kemahiran menulis dan ingin bertukar pendapat bersama mereka yang “berjiwa penulis”. Lawati blog saya disini

The post 7 Cara Blog Bantu Seorang Penulis Baru appeared first on AKU ISLAM.

Mengapa kita sering Mementingkan Hasil daripada Usaha?

$
0
0
mementingkan hasil dan usaha

Adakah kita tidak patut mementingkan hasil dalam setiap apa yang kita usahakan?

Pernah ataupun tidak, apabila sesuatu yang kita kerjakan tidak menjadi seperti yang diharapkan, perasaan kecewa laju memanah hati kita?

Adakah ini cara yang betul dalam hendak mencapai kejayaan dalam hidup?

Apakah cara yang efektif dalam mencapai kehendak hidup kita?

Kebiasaannya, jika seseorang lebih mementingkan hasil, maka dia akan cenderung untuk kecewa, putus asa dan tidak menghargai usahanya apabila dia tidak mendapat apa yang diimpikan.

Sebaliknya, jika dia mementingkan usaha lebih daripada hasil, apa sahaja keputusan yang dia akan pada akhir nanti, dia akan cenderung untuk menutupi kegagalannya dengan alasan “ aku dah buat yang terbaik, nak buat macam mana, tiada rezeki”.

Bukanlah saya kata semua yang mementingkan satu perkara ini akan berakhir sedemikian, cumanya ada kecenderungan yang tinggi ke arah itu.

Situasi di atas sering berlaku dalam masyarakat kita kini.

Kita harus mengubah cara berfikir semua insan untuk menggalakkan proses pembangunan dalam masyarakat kerana ketidakseimbangan dua perkara ini hanya akan meruntuhkan masyarakat.

Apa buktinya?

Mari kita renung isu yang berlaku dalam masyarakat kita.

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia menunjukkan sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lepas.

Apakah kaitan statistik ini dengan usaha dan hasil?

Tajuk perbincangan hari ini merupakan salah satu faktor penekan kepada penceraian.

Jika pasangan suami isteri itu mengalami krisis rumahtangga yang melibatkan masalah ekonomi dan juga sering bergaduh akan perkara kecil.

Hasil yang diharapkan mereka adalah ingin mencapai duit yang banyak dan juga tidak mahu bergaduh akan perkara kecil.

Bagi mereka yang mementingkan hasil, mereka akan cenderung untuk mengabaikan pendidikan di dalam insititusi keluarganya kerana terlampau sibuk bekerja lebih masa untuk mencapai wang yang banyak dan apabila dia tidak mencapai ‘target’ yang diimpikan, kekecewaan itu dibawa ke rumah dan orang rumah terkena tempiasnya dan tercetuslah pergaduhan.

Lain pula bagi mereka yang mementingkan usaha, perasaan ego akan timbul di dalam diri mereka dimana apabila mereka rasa masing-masing dah cuba yang terbaik untuk tidak bergaduh perkara yang kecil dan jika pergaduhan tercetus, itu bukanlah salah mereka, tetapi salah pihak yang lagi satu.

Ego mereka akan memandu mereka kepada perasaan “ nak buat macam mana, tiada rezeki, cerai sahajalah.

Lihat betapa pentingnya tajuk perbincangan hari ini kerana jika kita tidak membetulkan pemikiran kita mengenai perkara ini, ia bukan sahaja memberi impak kepada insititusi kekeluargaan, malah ia akan beri impak dalam semua aspek di dalam sesebuah masyarakat.

Jika anda terjerumus di dalam situasi yang melebihkan salah satu perkara yang sedang hangat diperbincangkan ini, anda berada di dalam zon bahaya!

Akibat memposisikan diri kita di dalam zon bahaya ini adalah tidak terkira.

Berikut adalah antara yang kita sering kita alami atau lihat berlaku dalam kehidupan:

  • Yang pertama, ia akan menjadikan kita seseorang yang tidak yakin dengan diri sendiri dan selalu sahaja mengharapkan orang lain.
  • Kedua, ia menjadikan kita seorang yang tidak berdikari. Ketiga, kita boleh kerap murung dan memori kegagalan itu sentiasa menghantui kita.

Akibat ini dapat diteruskan sehingga seribu ataupun sejuta kerana kebahayaannya itu kita tidak nampak.

Berada di dalam zon ini dapat diumpamakan seperti ingin duduk di atas kerusi yang kelihatan selamat tetapi sebenarnya rapuh, bila sudah duduk, baru kita tahu apa itu erti kesakitan.

Melihat perbincangan di atas ini, kita dapat menimbulkan satu persoalan yang utama: Apakah solusi terhadap permasalahan ini? Bagaimana kita hendak mengimbanginya?

Secara luarannya, kita mampu lihat jika seseorang itu mengimbangi dua perkara ini di dalam hidupnya. Manifestasinya adalah seperti berikut.

Katakan bahawa anda sudah berusaha bersungguh-sungguh dan anda gagal. Anda tidak merasakan yang usaha anda sia sia dan pada masa yang sama, anda juga mahukan hasil yang memberangsangkan.

Maka dengan ini, anda akan cuba analisa usaha anda dengan mengenal pasti apakah kekurangan ataupun lompong yang wujud di dalam usaha anda yang menghalang anda dalam mencapai matlamat yang anda inginkan tidak kira berapa kali anda gagal atau jatuh.

Inilah jawapan kepada permasalahan di atas. Inilah apa yang anda harus lakukan dalam hidup anda.

Bunyi mudah kan? Realitinya adalah sukar untuk dilaksanakan, tetapi ingat, ia tidak mustahil kerana ia memerlukan semangat juang hidup yang tinggi untuk berterusan bersifat sebegitu.

Akan tetapi perlu diingat bahawa anda lah orang yang harus menetapkan apakah itu gagal, lulus dan cemerlang.

Jangan biarkan orang lain mempengaruhi anda. Tambahan kepada akibat kita berada di dalam zon bahaya adalah kita senang dipengaruhi orang.

Sebagai contoh, jika orang sekeliling kita berkata bahawa lulus adalah gred C. maka kita pun menerima bahawa lulus adalah gred C.

Bila mindset kita sudah begitu, maka prestasi kita tidak akan beberapa menyerlah dan akan sama rata sahaja dengan orang lain.

Tetapi cuba lihat pula situasi ini:

Jika anda meletakkan bahawa gagal itu adalah gred C dan lulus adalah gred B (walhal pada hakikatnya lulus adalah gred C) dan cuba mengubah kemampuan diri anda ke arah hasil yang anda inginkan.

Anda akan lihat perubahan dalam prestasi anda kerana anda telah meletakkan target hasil yang tinggi dan anda ingin membuktikan bahawa anda mampu menjadi sesuatu lebih daripada yang anda jangkakan.

Mempunyai perasaan seperti di atas tidak menghasilkan ketidakseimbangan antara dua perkara.

Malah ia lebih membantu dalam proses keseimbangan kerana bila anda sudah meletakkan hasil yang tinggi, anda akan sentiasa merasakan bahawa usaha anda perlukan lebih improvasi, ini menunjukkan bahawa anda sudah mencapai tahap analisa dalam memastikan usaha anda adalah yang terbaik untuk mencapai apa yang anda inginkan.

Ini adalah amat berlainan dengan orang yang mementingkan hasil yang telah dikatakan di atas. Orang yang sebegitu tidak mempunyai cara berfikir sedemikian.

Dia hanya mahu hasil yang memberangsangkan.

Itu sahaja matlamatnya tanpa meletakkan kayu ukur kegagalan dan kejayaan yang sesuai dengan kemampuan dirinya.

Jadi tunggu apa lagi? Masih mahu diselubungi kekecewaan sepanjang hidup anda? Berubahlah ke arah yang lebih baik.

Semoga berjaya!

Artikel ini adalah kiriman oleh Wan Harith Iskandar Bin Wan Roslan, pelajar UIAM (Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law). Blog beliau boleh diakses DISINI. 

Semoga memberi manfaat kepada semua.

The post Mengapa kita sering Mementingkan Hasil daripada Usaha? appeared first on AKU ISLAM.

Amalan Ibu Mengandung Terbaik Cara Islam dalam Tempoh 9 Bulan

$
0
0

Amalan Ibu Mengandung Terbaik Cara Islam

Assalamu’alaikum Wrmbth, Tempoh 9 bulan mengandungkan anak adalah sangat berharga.

Penting bagi puan mengisinya dengan amalan yang baik.

zikir Amalan Ibu Mengandung Terbaik Cara Islam
Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara. Wanita yang solehah akan mengasuh anaknya sejak dari dalam kandungan lagi

Hari ini kita berkongsi tentang amalan ibu mengandung seperti doa, pemakanan dan petua untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan

 Artikel ini terdiri dari 10 bahagian. Klik pilihan anda sekarang untuk terus melompat ke bahagian tersebut

  1. 16 Pilihan Surah Amalan Ibu Mengandung Dari Al Quran Serta Kelebihannya
  2. Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam Dan Sunnah
  3. Antara amalan ibu mengandung yang wajar dielakkan
  4. Doa Doa Pilihan Untuk Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya
  5. Tips Memilih Pakaian Yang Terbaik Semasa Hamil
  6. Cara Mengatasi Alahan Mengandung Seperti Loya / Morning Sickness
  7. Doa Mudah bersalin Untuk Bacaan Dalam Bahasa Melayu 
  8. Pantang Larang Makanan Semasa Ibu Mengandung
  9. Tanda Awal Untuk Kesan Kehamilan
  10. Petua Untuk Amalan Ibu Hamil Supaya Mudah Bersalin

Kita jaga tuntutan luar dan dalam ya. Ibu dan ayah melakukan amalan rohani yang membantu anak yang lahir baik akhlaknya.
Pada masa yang sama kita berusaha memberikan khasiat dan zat nutrisi terbaik dari Set Mengandung Shaklee Lengkap.

Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam Dan Sunnah

Amalan berpuasa dapat membantu anak dalam kandungan supaya lebih kuat hatinya. Bacaan surah surah tertentu juga mempunyai kelebihan untuk bayi dalam kandungan.

amalan ibu mengandung trimester pertama set mengandung shaklee
 
Mari sama sama kita amalkan tips tips terbaik menurut neraca islam untuk amalan ibu mengandung

  1. Melazimkan diri membaca Al-Quran
  2. Melazimi baca buku ilmiah seperti Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
  3. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  4. Makan makanan yang baik, pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal
  5. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
  6. Rajin menguntumkan senyuman
  7. Sering berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
  8. Banyakkan berdoa kepada Allah swt
  9. Rajin berpuasa sunat (digalakkan suami & isteri berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
  10. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk memudahkan proses kelahiran
  11. Tidak terlalu tertekan atau stress
  12. Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah swt
  13. Rajin solat wajib di awal waktu dan perbanyakkan solat sunat seperti solat dhuha dan tahajjud
  14. Kerap membasahi lidah dengan berzikir
  15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu kerana ia umpama taman taman syurga
 
Ok, selepas 15 petua terbaik amalan ibu mengandung menurut islam, kita pergi pula kepada perkara yang patut dijauhi ibu mengandung
 
Amalan Ibu Mengandung Yang Patut Di Elakkan

Ok, saya pasti ramai ibu mengandung di luar sana mempunyai keinginan mengidam berbeza.
Alhamdulillah, suami yang memahami akan cuba memenuhi setiap permintaan isteri dengan sebaik mungkin.
 
Asalkan mengidam tersebut tidak membawa mudarat kepada kesihatan ibu dan anak.
 
Antara amalan ibu mengandung yang wajar dielakkan
 
  1. Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah swt
  2. Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami
  3. Elakkan makanan yang berbisa / tajam seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain
  4. Elakkan percakapan yang negatif seperti mengumpat
  5. Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
  6. Jauhi amalan khurafat
  7. Suami harus menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri
  8. Tutup aurat dengan sempurna
  9. Jauhi makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram
KLIK SINI SEKARANG UNTUK KEMBALI KE MENU DI ATAS

Doa Doa Pilihan Untuk Amalan Ibu Mengandung Serta Kelebihannya

Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :

1) Doa mendapatkan keturunan yang baik (QS. Ali Imran 38)

Surah Ali Imran dalam Al-Quran ayat 38mempunyai potongan doa ibu hamil yang sangat bagus dilafazkan semasa kehamilan. 

“Rabbii habli miladunka dzurriyyatan thoyyibah. Innaka sammi’uddu’aa”

Ertinya:

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

2) Doa Nabi Yunus A.S.

Doa yang sunat dibaca oleh ibu hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 : surah al-Anbiya’ ayat 21

“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim.”

3) Doa Memohon Anak Anak Yang Soleh & Solehah

“Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.”

4. Doa Memohon Anak Soleh (QS. Ali Imran 35-36)

Memiliki anak soleh dan solehah tentu menjadi impian hampir setiap orang tua muslim. 

Ini kerana doa anak yang soleh dan solehah tidak akan putus kepada kedua orang ibu bapanya walaupun selepas mereka meninggal dunia.

Hal inilah yang mendorong para ibu mendoakan anak anak mereka, bahkan sejak dari anak di dalam kandungan lagi / dalam rahim.

Anda yang ingin berdoa agar mendapat anak soleh dan solehah dapat membaca potongan ayat dalam surat Ali Imran 35-36, yang berbunyi:

“Bismillahhirrahmaanir rahiim, Robbi inni nadzartu laka maa fii bathnii muharroron fataqobbalminnii, Innaka antas sami’ul alim”
 
Ertinya:

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

5. Doa memohon keturunan yang menenangkan hati (QS. Al Furqan 74)

Memiliki keturunan yang dapat menjadi penenang hati tentu menjadi idaman pasangan suami isteri. 

Jika menginginkan hal sama, cik puan boleh amalkan potongan surat Al-Furqan ayat 74 yang berbunyi:

“Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wadzurriyyaatinaa qurrata a’yuniw waaj’alnaa lilmuttaqiina imaaman”

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: 

“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: 

Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

(Al-Furqaan 25:74)

Doa seorang ibu untuk kebahagian anaknya sepnajang hidup

7. Doa agar anak rajin solat dan bertakwa (QS. Ibrahim 40)

Salah satu kayu aras yang mengukur ketakwaan seorang penganut agama Islam adalah solat yang dia lakukan seharian.

Jika puan inginkan seorang anak yang bertakwa sekaligus tidak pernah meninggalkan kewajiban solat dapat membaca QS. 

Di dalam surah Ibrahim ayat 40, amalkan membaca ayat ini sejak mengandungkan anaklagi mudah mudahan anak anak kita akan menjadi orang yang istiqamah mendirikan solat:

“Robbij’alnii muqiimash sholaati wa min dzurriyatii robbanaa wa taqobbal du’aa”

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :

“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi’at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.”

(Hadis riwayat Ibn Sunni)

KLIK SINI SEKARANG UNTUK KEMBALI KE MENU DI ATAS

Tips Memilih Pakaian Yang Terbaik Semasa Hamil

Dalam pelbagai fesyen pakaian untuk ibu mengandung, apa yang paling penting semestinya ianya 

  • Menutup aurat (Wajib)
  • Selesa 
  • Dan boleh dipakai lagi selepas hamil. (Menjimatkan)

Tidak kira sama ada puan memilih untuk memakai blouse, kemeja dan jubah abaya, penting bagi kita memastikan pakaian kita menutup aurat dengan sempurna.
Di sini kami sertakan 3 tips pemakaian untuk ibu mengandung iaitu busana, pakaian dalam dan kasut.

Menarik kan? 

1. Pakaian (Busana muslimah & Tudung)

Semasa hamil terutama selepas trimester ke 2 dan 3, perubahan tubuh badan yang dialami tubuh ibu sangat pesat.
Bahagian dada dan punggung akan menjadi lebih besar sebagai persediaan untuk melahirkan anak dan menyusukan anak. Pilihlah 

  • Pakaian yang longgar kerana ia lebih sejuk dan selesa 
  • Pakaian yang tidak mencengkam di bahagian pinggang. 
  • Pakaian yang longgar di bahagian depan (potongan baju mengandung).
  • Gaun wanita mengandung adalah lebih selesa apabila kandungan membesar.
  • Pakaian yang mempunyai kemudahan untuk menyusukan anak (nursing)

 Macam mana nak cari pakaian yang memenuhi syarat syarat diatas? 

Contoh jubah abaya a cut / princess cut yang dipakai oleh ibu hamil. Kredit gambar dari Tudunglabuhonline.com

Ini tips tambahan untuk puan. Pilih jubah abaya jenis A Cut atau princess cut. Jubah ini kembang di bahagian bawah pinggang dan memberi ruang untuk perut membesar semasa hamil. Jubah muslimah mesra ibu mengandung ini boleh di tempah disini.
Abaya jenis ini akan menutup aurat wanita hamil dengan sempurna. Bagi menutup dada, pakailah tudung bawal atau shawl labuh. Terdapat pelbagai fesyen tudung labuh di luar sana.

2. Memilih Pakaian Dalam Yang Sesuai

Pakaian dalam yang sesuai sangat penting bagi ibu hamil.

  • Pilih pakaian dalam bersaiz besar dan bercangkuk lebar dibahagian belakang dan bertali lebar dibuat dari kain kapas yang nipis semasa mengandung.
  • Bagi ibu yang merancang untuk menyusu badan pakai pakaian dalam yang boleh dibuka di bahagian depan.

3. Kasut Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil

Semasa hamil, berat badan ibu akan naik dengan cepat. Ini akan memberikan beban lebih kepada kaki dan lutut.Memburukkan lagi keadaan sekiranya makanan yang diambil ibu mengandung tidak mengandungi kalsium yang mencukupi.

Kesan jangka panjang, puan akan mengalami sakit badan dan kerosakan gigi kerana simpanan kalsium dalam badan berkurangan.

Kasut yang sesuai akan mengurangkan beban yang ditanggung ibu dan lebih selesa dipakai ke mana mana.

Tips untuk memilih kasut yang sesuai semasa hamil adalah seperti berikut

  • Pakai kasut bertumit rendah kerana ia sesuai untuk postur dan belakang anda dari memakai kasut bertumit tinggi atau kasut leper.
  • Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara.
  • Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai dirumah atau bersiar-siar.

KLIK SINI SEKARANG UNTUK KEMBALI KE MENU DI ATAS

16 Pilihan Surah Amalan Ibu Mengandung Dari Al Quran Serta Kelebihannya

Apa yang indah dengan agama islam, ia adalah cara hidup yang sempurna. Sejak dari kandungan lagi pelbagai amalan untuk anak didalam kandungan.
surah dan ayat al quran untuk ibu mengandung
 
Antara surah yang bagus untuk bacaan ibu dan ayah adalah seperti berikut
  1. Baca Baca Surah Al Fatihah Supaya terang hati dan kuat ingatan
  2. Baca Surah Maryam Supaya ibu bersalin mudah bersalin dan anak yang sabar dan taat
  3. Baca Surah Luqman supaya mendapat anak yang bijak dan cerdik jiwa
  4. Baca Surah Yusuf supaya anak yang dilahirkan cantik rupa dan indah akhlak
  5. Baca Surah Hujurat supaya ibu mengeluarkan banyak susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati
  6. Baca Surah Yaasin bagi ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
  7. Baca Surah At-Taubah supaya membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat
  8. Baca Surah an-Nahl untuk anak yang berdisiplin seperti lebah
  9. Surah al-Hujurat untuk membanyakkan susu ibu.
  10. Surah al-Imran ayat 38 untuk memohon anak yang baik.
  11. Surah al-Imran ayat 8-9 untuk memohon rahmat.
  12. Surah Ibrahim ayat 40 untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
  13. Surah al-Baqarah ayat 128 untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
  14. Surah Yassin ayat 22-23 untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
  15. Surah as-Sajdah ayat 7-9 untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
  16. Surah al-Furqan ayat 74 untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

Cuba bayangkan, anak yang lahir nanti bukan sahaja sihat namun baik sifatnya. Indah akhlaknya.
 
Bukankah sejuk mata kita dan beruntungnya pasangan suami isteri yang memiliki anak yang soleh dan solehah.
 
Selain itu, banyak lagi amalan ibu mengandung yang dapat dilakukan supaya anak lebih sihat.
 
Contohnya bagaimana mengelakkan anak terkena demam kuning. Ya, memang seksa dan mencabar menjaga anak yang kuning.
 
Ada kawan baik saya anaknya mengalami demam kuning yang teruk, sehingga dua bulan lamanya.
 
Sentiasa perlu berulang alik ke hospital sehingga demam kuning reda.
 
Apa yang boleh suami isteri lakukan semasa tempoh kehamilan untuk mengurangkan risiko demam kuning yang serius?
 
Mari sama sama kita cuba amalkan tips dibawah.
KLIK SINI SEKARANG UNTUK KEMBALI KE MENU DI ATAS

Amalan Ibu Mengandung Untuk Mengelakkan Demam Kuning

Semua petua dan tips untuk mengelakkan di bawah di kumpul dari pengalaman ibu bersalin yang anaknya tak mengalami demam kuning selepas lahir.
 
Boleh cuba amalkan mana mana yang cik puan suka
  1. Menelan madu (tanpa air sudu atau meminum air madu  sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis
  2. Minum susu kambing   satu cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  3. Mengamalkan meminum pati delima paling kurang ml sehari. saya beli pati delima guiisan dalam botol kaca tu.. Satu botol tahan 1bulan lebih. 
  4. Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  5. Mengamalkan memakan buah tin setiap  hari.
  6. Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai  bulan ke atas.
  7. Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
  8. Elakkan makan jeruk semasa mengandung
  9. Amalkan makan minyak habbatusauda.
  10. Minum air rendaman zafran
  11. Cuba amalkan makan buah kiwi sampai bersalin. Kandungan vitamin C dalam buah kiwi lebih tinggi daripada orange sunkist.
  12. Makan epal hijau setiap hari masa kandungan masuk 8 bulan sampai anda nak bersalin.
  13. Amalkan minum air kelapa pandan dalam tempoh sebulan sebelum bersalin
  14. Kerap makan masakan sendiri di rumah tanpa masukkan perasa MSG. Elakkan juga makan makanan segera
 
Kalau kena juga demam kuning,cuba amalkan tips mengurangkan demam kuning dibawah
  1. Elakkan makan makanan mengandungi kunyit, lada hitam dan halia selepas bersalin
  2. Banyakkan minum susu ibu. Lebih banyak dan kerap anak minum susu ibu lebih cepat demam kuning reda. 
  3. Jururawat dan doktor biasa akan menggalakkan anak di dedahkan pada cahaya matahari. Bukan secara terus ya. Seeloknya cahaya matahari diawal pagi
 
Jadi apa pendapat anda tentang artikel amalan ibu mengandung yang baik diamalkan
Saya sangat berminat dengan perkongsian pengalaman anda semua. Kongsikan di ruangan komen dibawah ya.

The post Amalan Ibu Mengandung Terbaik Cara Islam dalam Tempoh 9 Bulan appeared first on AKU ISLAM.

Bagaimana Tidak Mudah Down apabila ditimpa Musibah atau Ujian Allah?

$
0
0
tidak mudah down semangat

Bagaimana untuk tidak mudah down?

Assalamualaikum.. Saya nak berkongsi sedikit artikel mengenai:

Bagaimana cara untuk menjadi seorang yang tidak mudah down apabila ditimpa musibah atau ujian Allah?

Contoh: kita jadi down apa bila ada masalah dengan kawan sebab kawan tersebut asyik menyindir atau mengutuk kita sahaja atau pun apa-apa sahaja masalah.

Okay, first sekali kalau kita ditimpa musibah atau ujian yang berat, janganlah mengeluh ataupun menyalahkan takdir sebaliknya berkatalah ‘Alhamdulillah aku adalah insan yang dipilih untuk menerima ujianmu ya Allah‘.

Dan senyumlah walaupum sebenarnya kamu hendak menangis.

Apabila saat kamu difitnah, dihina, disindir atau apa-apa sahaja kata-kata yang menyakitkan hati kamu, janganlah kamu berbalas kata kembali kerana jika kamu berbalas kata-kata tersebut maka diri kamu itu tidak ada jauh beza dengan diri mereka yang mencerca dirimu.

Senyumlah dan berkata Alhamdulillah.

Janganlah kamu down atau berputus asa dengan apa yang kamu alami.

Anggaplah bukan kamu sahaja yang ditimpa masalah, fikirlah ramai lagi orang diluar sana yang ada masalah lebih besar daripada kita.

Yang penting mind set kita tu kena betul, kita kena selalu brain wash otak kita dan kena selalu berfikiran positif.

Jangan mudah mengalah. Jangan sesekali set otak kita untuk berfikiran seperti ‘ Allah bagi aku ujian sebab allah tak sayang aku, sedangkan orang lain tak ada pun ujian’

Allahu akbar..janganlah salahkan takdir Allah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.

Saya dulu juga pernah berfikira begitu tetapi apabila ibu saya beritahu saya bahawa Allah tidak akan memberi kamu ujian diluar kemampuan hambanya.

Allah beri kamu ujian kerana Allah merindui rintihan hambanya.

Sejak itu, saya tidak lagi berfikir begitu.

Cuba kita lihat diri kita, adakah diri kita ini sudah jauh atau semakin dekat dengan Allah?

Allahu tepuk dada tanya diri kita apa jawapan.

Janganlah kmmu merasa rendah hati atau kamu itu terlalu naif sehingga dicaci, dihina.. anggaplah tidak semua orang sempurna.

Dan yang terakhir daripada saya; menangislah kamu kerana orang yang menang adalah orang yang menangis.

Artikel ini adalah perkongsian daripada Auni Mawardi. Lawati blog beliau disini. Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada kita semua.

The post Bagaimana Tidak Mudah Down apabila ditimpa Musibah atau Ujian Allah? appeared first on AKU ISLAM.

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Sihat Berkhasiat & Sangat Sedap Rasanya

$
0
0

6 Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Sihat Berkhasiat & Sangat Sedap Rasanya

Assalamu’alaikum Wrmbth, Makanan yang halal dan berkhasiat penting untuk tubuh & rohani yang baik. Apa lagi untuk ibu mengandung. Ia akan mempengaruhi jiwa anak yang bakal dilahirkan.
makanan untuk ibu hamil diet sihat
Ada diriwayatkan dari Rasulullah SAW tentang kepentingan makanan yang halal & doa yang dimakbulkan.
Mula Hadis
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا، وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِيْنَ، فَقَالَ تَعَالَى : (( يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا )) وَقَالَ تَعَالَى : ((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ )) ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيْلُ السَّفَرَ: أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ، يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ؟
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 
“Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik.”
“Sesungguhnya Allah Ta’ala memerintahkan kepada kaum mukminin seperti yang Dia perintahkan kepada para rasul.”
“Maka, Allah Ta’ala berfirman, ’Wahai para rasul! Makanlah dari (makanan) yang baik-baik, dan kerjakanlah kebajikan’ –al-Mu’minûn/23 ayat 51- 
“Dan Allah Ta’ala berfirman,’Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rizki yang baik yang Kami berikan kepada kamu’ –al-Baqarah/2 ayat 172
“Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan orang yang lama bermusafir; Rambutnya kusut, berdebu, dan menadahkan kedua tangannya ke langit”
“Wahai Rabb-ku, wahai Rabb-ku,’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan diberi kecukupan dengan yang haram, bagaimana doanya akan dikabulkan?”
Hadits ini shahih, diriwayatkan oleh Muslim, no. 1015.
TAMAT HADIS
Menyedari kepentingan yang halal dan baik, adalah menjadi tanggunjawab ibu dan ayah untuk memastikan setiap rezeki yang dibawa ke rumah.

Bagi makan minum dan keperluan harian datang dari sumber yang halal. Dan pakaian yang menutup aurat seperti jubah muslimah atau abaya.

Supaya keluarga kita dekat dengan Allah dan doa juga mudah dimakbulkan.

Puan sudah tak sabar? 

Mari sama sama kita mulakan

Artikel ini terdiri daripada 6 bahagian, sila klik no dibawah untuk terus melompat ke bahagian tersebut.
  1. 6 Makanan untuk ibu mengandung Yang Berkhasiat & Sihat Untuk Anak Dalam Kandungan
  2. 12 Buah Buahan yang baik untuk ibu hamil
  3. Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung & Perkembangan Janin
  4. Makanan rohani untuk ibu mengandung (Doa & Surah Al Quran)
  5. Makanan yang dilarang untuk ibu hamil

6 Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Berkhasiat & Sihat Untuk Anak Dalam Kandungan

Secara umumnya,terdapat 6 jenis makanan yang baik untuk ibu dan anak semasa kehamilan.

Apakah 6 makanan ini?

Sama sama kita lihat. 

1. Sayur-sayuran

Semasa trimester awal kehamilan (3 bulan pertama mengandung) memang ramai ibu hamil akan mengalami gejala loya dan muntah muntah atau morning sickness. 
Jika puan mempunyai keadaan yang sama, banyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau kerana ia kaya dengan pelbagai zat untuk ibu dan bayi. 

Sayur sayuran dapat membantu mengurangkan rasa mual dan sangat berkhasiat dengan vitamin & zat besi yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dalam badan. 

Bagaimana jika puan tidak suka makan sayur & buah buahan? Macam mana nak dapatkan khasiat ini? Boleh cuba makanan tambahan untuk vitamin & zat besiBaca disini

Namun begitu puan perlu memastikan sayur sayuran yang hendak dimakan semasa hamil telah dimasak dengan baik.

Sayur yang tidak disediakan dengan betul boleh mendatangkan mudarat. Boleh klik disini untuk artikel khas tentang kepentingan makanan yang bersih semasa mengandung

2. Produk tenusu (Diperbuat dari susu)

Semua produk yang diperbuat dari susu kaya dengan protein untuk kegunaan ibu hamil.
Sangat penting bagi puan untuk memastikan bekalan protein dan kalsium yang tinggi semasa mengandung cukup untuk keperluan seharian. 

Antara fungsi protein dari produk tenusu untuk puan semasa hamil ialah
  1. Pembinaan jaringan sel bayi 
  2. Memulihkan jaringan yang rosak 
  3. Bahan mentah untuk membina otot. 
Selain protein, kalsium yang banyak boleh diperolehi daripada hasil tenusu.

Bekalan kalsium yang mencukupi semasa hamil penting 
  1. Dalam pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan 
  2. Dan mengelakkan tulang ibu reput (osteoprosis) kerana bayi mengambil dari ibunya.
Antara produk tenusu yang baik untuk di makan semasa hamil adalah seperti keju, yogurt, susu.

Bagaimana jika puan tidak suka minum susu kerana loya ataupun lactose intolerant? Macam mana nak dapatkan kalsium yang cukup semasa hamil? Boleh cuba makanan tambahan untuk kalsium supaya gigi & tulang kuatBaca disini

Sekali lagi, puan puan mestilah memastikan produk tenusu ini telah pun dipasteur terlebih dahulu supaya ia selamat dimakan semasa hamil.

Boleh klik dan baca link ini untuk bacaan tambahan
  • Keju lembut Yang Tidak Dipasteur Tidak Selamat Untuk Ibu Hamil
  • Bahaya Susu yang tidak dipasteur kepada bayi dalam kandungan

  • 3. Buah-buahan

    Ada ibu hamil yang hilang selera makan pada peringkat awal kehamilan. Ini kerana alahan mengandung atau nama popularnya “morning sickness”.
    Bagi ibu ibu yang mengalami alahan mengandung, Insyaallah artikel cara mengatasi loya dan alahan kehamilan ini akan sangat membantu. Klik untuk baca. Ada 26 cara semuanya.

    Dan cara ke 26 adalah dengan memakan buah buahan. 

    Sedap. Menyegarkan. Terutama jika dimakan sejuk. Betulkan?

    Jadi mulai sekarang, puan puan yang sedang hamil boleh teruskan makan buah-buahan kerana ia membantu meningkatkan stamina dan membekalkan tenaga kepada ibu mengandung. 

    Buah buahan kaya dengan vitamin yang mengurangkan loya dan alahan hamil, mineral dan membekalkan serat yang juga membantu lebih lawas. Dan mencegah sembelit.
    Sembelit semasa tak mengandung? Sakit.

    Sembelit semasa mengandung? Lagi Sakit.

    Bagaimana jika puan loya kerana alahan hamil & tidak lalu makan buah buahan? Apa yang dimakan semua keluar semula. Macam mana nak dapatkan vitamin yang perlu untuk kurangkan alahan hamil? Boleh cuba makanan tambahan untuk kurangkan loya & alahan mengandungBaca disini

    Jika puan rasa jemu untuk makan buah setiap hari, tambahkan sedikit daya kreativiti.Bekukan buah buahan tersebut dan kisar menjadi jus, salad dan smoothies. 
    Apabila badan cukup vitamin dan mineral, ibu mengandung dan anak dalam kandungan akan lebih kuat dan kebal dari penyakit.

    Boleh klik dan baca link ini untuk bacaan tambahan

    4. Bijirin

    Ambillah makanan berasaskan bijirin setiap hari sebagai amalan yang baik untuk ibu hamil. 
    Tetapi, ambil tahu juga kandungan gula didalam makanan tersebut untuk mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan.

    Antara makanan berasaskan bijirin yang mengandungi gula yang tinggi adalah bijirin sarapan pagi.

    Sumber bijirin yang lebih baik untuk sajian ibu mengandung adalah roti bijirin yang berserat penuh.

    Terutama yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ini kerana ia lebih lambat diserap dan tidak meninggikan paras gula dalam darah dengan mendadak.

    Puan juga akan kenyang lebih lama. Jadi peluang untuk berat badan naik mendadak semasa mengandung lebih rendah.

    Bagaimana jika puan menghidap diebetis & risau paras gula darah tak terkawal semasa hamil? Ambillah makanan yang lambat dihadam dan mempunyai indeks glisemik rendah? Boleh cuba makanan tambahan untuk kawal paras gula semasa hamilBaca disini

    Bijirin juga mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan kalsium yang diperlukan bagi menyokong aktiviti ibu hamil dan keperluan khasiat janin dalam kandungan.

    5. Kekacang

    Kekacang sangat sesuai dijadikan snek untuk ibu hamil. Oleh kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana mana.

    Khasiat kekacang memang baik kepada ibu hamil terutama di awal kehamilan. Kacang seperti badam kaya dengan omega 3.

    Omega 3 ni penting ke?

    Penting. Sebab ia sangat baik untuk perkembangan otak. Jadi ibu mengandung seperti puan dan anak di dalam kandungan akan lebih bijak dan kuat ingatan.

    Bagaimana untuk pastikan keperluan omega 3 harian puan cukup semasa mengandung? Terutama jika puan bekerja dan sibuk dengan urusan pejabat dan rumah? Boleh cuba makanan tambahan kaya omega 3 & DHA untuk ibu hamil & anakBaca disini

    Disamping itu banyakkan juga membaca buku buku bermanfaat dan al quran untuk memupuk tabiat membaca anak anak sejak dari dalam rahim ibu lagi. Dan tutuplah aurat dengan sempurna contohnya Jubah muslimah seperti abaya hitam.

    Puan mahu anak bijak kan?

    Kekacang juga kaya dengan kandungan protein untuk pembinaan tisu dan otot serta membekalkan tenaga untuk ibu. 

    Kandungan asid folik dan vitamin B di dalam kekacang juga memang diperlukan untuk perkembangan sistem saraf bayi.

    Bagaimana pula jika anda menghidap G6PD?  Boleh klik dan baca link ini untuk bacaan tambahan

    6. Makanan laut

    Pembentukan otak janin sangat pesat berlaku sejak awal kehamilan lagi. 

    Bagi membantu anak anak kita lebih pintar, ibu hamil perlu makan makanan yang baik untuk otak.

    Selain kekacang, makanan laut juga kaya dengan omega 3.

    Jadi, ibu ibu mengandung sangat disarankan mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan tinggi protein supaya otak janin cukup khasiat untuk perkembangan minda.

    Ambillah makanan laut seperti ikan, udang, sotong. Tetapi, berhati hati juga dengan sumber makanan laut tersebut.

    Kenapa kena hati hati?

    Sebab ada hidupan laut, terutama dari lautan dalam tercemar dengan merkuri. Merkuri sangat bahaya untuk ibu dan bayi.

    Jadi apa saya nak buat?

    Mudah saja. Baca artikel ini mengenai ikan

    Boleh klik dan baca link ini untuk bacaan tambahan

    Buah Buahan yang baik untuk ibu hamil 

    Ibu mengandung memerlukan banyak khasiat untuk keperluan dirinya sejak awal kehamilan supaya ibu dan anak di dalam kandungan sihat dan membesar dengan baik. 

    Pengambilan buah yang baik untuk ibu hamil sangat penting kerana ia merupakan makanan semulajadi yang kaya  kandungan zat yang bermanfaat. 

    Buah buahan membekalkan nutrisi seperti beta carotene yang membantu pembentukan tisu dan sel tubuh, dan juga memberikan sistem keimunan yang lebih kuat. 

    Buah buahan juga adalah sumber vitamin c yang penting untuk perkembangan gigi dan tulang bayi dan juga asid folik yang membantu mencegah kecacatan janin.

    Bagaimana untuk memastikan vitamin c yang diambil seharian mencukup semasa puan mengandung? Macam mana nak dapatkan vitamin c yang perlu dalam kesibukan seharian? Boleh cuba makanan tambahan yang kaya dengan vitamin cBaca disini

    Serat atau fiber yang kaya di dalam buah buahan membantu ibu hamil untuk mengatasi beberapa masalah seperti sembelit dan terbentuknya buasir. 

    Berikut kami berikan beberapa buah yang baik untuk ibu hamil beserta dengan manfaatnya

    1. Aprikot

    Aprikot merupakan buah import yang sedap dan tergolong sebagai buah berbiji. 
    Aprikot segar
    Kebiasaannya buah aprikot segar sukar dibeli di Malaysia. Buah ini mungkin tidak popular di Malaysia namun cukup popular di negara barat seperti Amerika. 

    Tetapi jangan bimbang, buah aprikot masih boleh diperolehi di Malaysia dalam bentuk kering.

    Kajian terkini telah menunjukkan biji buah aprikot mempunyai khasiat untuk mencegah penyakit kanser.

    Disini kami sertakan beberapa manfaat dari aprikot bagi ibu hamil antara lain:
    Aprikot kering
    1. Buah aprikot kaya dengan vitamin A, C, E, Beta Carotene, fosforus, Silikon, Kalsium, zat besi, dan Potassium.
    2. Aprikot mengandung semua khasiat penting yang akan membantu perkembangan bayi dalam rahim ibu.
    3. Aprikot kaya dengan zat besi yang penting untuk membina sel darah merah dan mencegah anemia.
    4. Sangat digalakkan untuk puan untuk makan 3 ke 4 biji aprikot setiap hari untuk keperluan anda semasa mengandung.

    2. Buah Ceri

    Ceri merupakan buah yang kaya dengan vitamin C. Warna merahnya yang cantik sangat menarik.
    Terdapat banyak lagi manfaat buah ceri untuk ibu hamil seperti:
    1. Semasa kehamilan, seorang ibu memerlukan vitamin C yang cukup untuk meningkatkan keimunan terhadap penyakit berjangkit seperti bahaya selesema dan banyak lagi. Penggunaan antibiotik sangat berbahaya semasa hamil. 
    2. Memakan ceri semasa hamil juga akan membekalkan darah yang cukup daripada ibu kepada anak di dalam rahim melalui tali pusat / plasenta.
    3. Ceri mengandung melatonin, sejenis hormon antioksidan yang membantu untuk merangsang pertumbuhan sel sepanjang kehamilan dan menjadikan emosi ibu lebih stabil.
    4. Terdapat kajian menunjukkan khasiat melatonin dalam membantu ibu untuk tidur lebih nyenyak kerana khasiat anti tekanan.

    3. Anggur

    Apa pula manfaat buah anggur untuk ibu hamil? 
    Pelbagai warna buah anggur
    Selain warnanya yang menarik dan rasanya yang sedap, anggur sangat bagus untuk ibu mengandung. 

    Terdapat pelbagai cara pengambilan anggur seperti dimakan segar, dibuat jus, dikeringkan dan dimakan sebagai kismis, dan lain-lain. 
    Beberapa manfaat dari anggur untuk wanita mengandung ialah:
    1. Anggur mengandung banyak nutrisi ibu hamil penting seperti glukosa, fruktosa, pholbaphene, asam galic, asam silicic, asam oxalic, pektin, magnesium, kalsium, besi, asid folik, dan vitamin B1, B2, B6, B12, A, C, P, PP, dan K.
    2. Anggur juga kaya akan enzim yang penting bagi tubuh ibu hamil dan janin anda di dalam kandungan.

    4. Kurma

    Buah kurma adalah makanan sunnah yang mengandungi seribu satu khasiat kita terutama sekali ibu hamil.

    Rasulullah SAW ada diriwayatkan 

    “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, penghuninya kelaparan”.HR Muslim (no: 2046).

    Masyarakat kita sangat sinonim memakan kurma hanya pada bulan Ramadhan. Insyaallah, ada keberkatannya jika kita amalkan selalu.

    Kurma tergolong dalam kategori makanan “superfood” sehingga dikatakan manusia boleh hidup hanya dengan makan kurma dan air sahaja.

    Kandungannya yang kaya dengan vitamin & mineral yang diperlukan oleh ibu serta bayi dalam kandungan.

    Antara lain khasiat kurma adalah mencegah sembelit, masalah kekurangan darah yang kerap dihadapai oleh ibu mengandung atau yang baru lepas bersalin.

    Beberapa manfaat kurma untuk ibu hamil antara lain:
    1.  Mengandungi gula ringkas yang membekalkan tenaga – Semasa puan hamil, memang mudah terasa letih. Gula di dalam kurma sedia untuk tubuh untuk ditukarkan kepada tenaga yang diperlukan puan dan janin.
    2. Membekalkan protein yang menyokong pembesaran tubuh – Badan puan memerlukan protein yang banyak semasa hamil. Apabila perut bertambah besar, protein digunakan untuk membina tisu baru & sebarang perubahan tubuh termasuk regangan kulit.
    3. Kaya serat yang baik untuk sistem penghadaman. mengatasi masalah sembelit –  Usus puan semasa hamil lebih cekap menyerap air. Ini menyebabkan sembelit. Serat dalam kurma membantu puan lawas dan juga mengurangkan paras kolesterol.
    4. Sumber asid folik yang membantu pembentukan sel baru & mengurangkan risiko kecacatan saraf pada janin (Sangat penting)-Makanlah ia sejak dari puan merancang kehamilan untuk pembesaran janin yang sihat di dalam kandungan.
    5. Sumber Vitamin K untuk mengelakkan darah beku yang di sebabkan oleh kekurangan vitamin K. Darah beku yang serius boleh keguguran bayi didalam kandungan.
    6. Membekalkan zat besi yang meningkatkan imuniti ibu & bayi – Membentuk hemoglobin, yang berfungsi mengangkat oksigen ke sel di seluruh badan dan mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan keguguran.
    7. Sumber Kalium yang baik berfungsi mengawal tekanan darah, fungsi hati dan saluran pencernaan yang sihat. Kalium juga mengelakkan kegagalan buah pinggang.
    8. Membekalkan Magnesium yang membantu perkembangan gigi dan tulang yang kuat. 
    9. Memakan kurma semasa hamil membantu mencengkam rahim ketika kelahiran
    10. Menguatkan lagi urat-urat rahim pada trimester ketiga kehamilan. 
    11. Membantu memudahkan kelahiran. 
    12. mengurangkan risiko tumpah darah
    13. Rahim yang lebih sihat

    5. Jambu batu

    Jambu batu adalah buah tropika yang sedap di makan ketika sejuk. Kaya dengan vitamin c untuk ibu hamil

    Khasiat jambu batu dapat langsung diperolehi dengan memakannya  dengan segar atau mengisarnya menjadi jus.

    Sangat lazat diminum bersama serbuk asam boi. 

    Beberapa kebaikan buah jambu batu untuk ibu hamil ialah:
    1. Jambu batu membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh yang kuat dan mengawal tekanan darah semasa puan mengandung
    2. Sumber vitamin C, vitamin E yang baik
    3. Jambu batu membantu proses pencernaan dan akan memberikan kekuatan untuk pertumbuhan sistem saraf bayi

    6. Kiwi

    Kiwi tergolong dalam kategori buah citrus yang kaya dengan vitamin c dan bukan buah tempatan. Di Malaysia mudah untuk membelinya di supermarket. 

    Beberapa kebaikan buah kiwi untuk ibu mengandung:
    1. Kiwi membekalkan khasiat penting seperti vitaminA, C, E, Kalium, fosforus, magnesium, asid folik, dan serat.
    2. Buah Kiwi baik untuk kesihatan sistem pernafasan manusia.
    3. Kiwi membantu menguatkan puan agar terhindar daripada batuk batuk, demam, dan selesama semasa mengandung.
    4. Buah ini mengurangkan kemungkinan darah membeku karena mengandung vitamin K dan fosforus
    5. Buah kiwi mengandungi vitamin c yang membantu penyerapan zat besi

    7. Epal

    Buah epal bukan sahaja rangup dan sedap dimakan malah ia sangat bagus untuk puan semasa hamil. 

    Beberapa manfaat buah Epal untuk ibu hamil antara lain :
    1. Epal meningkatkan immunisasi ibu dan bayi
    2. Epal mampu mengurangkan risiko selesema, asma, dan ekzema pada anak-anak selepas hamil jika ibu memakannya Epal sepanjang kehamilan
    3. Epal kaya akan vitamin A, E, D, dan zink

    Terdapat pelbagai cara memakan buah Epal, semasa segar atau menjadikannya sebagai jus yang dibuat sendiri. 

    Ibu mengandung digalakkan untuk makan Epal segar atau jus buatan sendiri kerana ia tanpa tambahan gula yang tidak diperlukan.

    8. Mangga

    Buah Mangga merupakan antara buah kegemaran ramai terutama untuk ibu mengandung.

    Kebanyakan wanita yang baru hamil gemar memakan mangga muda untuk menghilangkan rasa mabuk loya / Morning sickness di awal kehamilan. Rasa masamnya mengurangkan muntah muntah kerana mabuk mengandung.

    Beberapa kebaikan buah mangga untuk ibu hamil ialah:
    1. Mangga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, mengurangkan sembelit dan menyembuhkan jangkitan kecil.
    2. Mangga mengandungi gula semulajadi yang sihat untuk tubuh.
    3. Buah Mangga mengandungi flavonoid seperti alpha carotene, beta carotene, dan beta cryptoxanthin untuk perkembangan bayi yang sihat.
    4. Mangga mengandungi folat, copper, dan kalium yang baik untuk kesihatan ibu hamil. Kalium membantu keseimbangan cecair dan elektrolit dalam tubuh. Ibu hamil yang kekurangan kalium akan mengalami kejang / kram.

    9. Strawberi

    Strawberry merupakan buah yang sangat digemari oleh golongan muda di Malaysia. Rasanya yang masam manis bersitrus digemari ibu mengandung. 
    Mungkin atas sebab yang sama memakan mangga muda. Bagi menghilangkan loya.

    Strawbery kerap dijadikan hiasan untuk kek kerana warnanya yang merah berseri. 
    Buah strawberi paling berat dan besar di dunia.

    Antara kebaikan strawberri bagi ibu mengandung ialah :
    1. Strawberi mengandungi banyak vitamin dan serat untuk keperluan tubuh.
    2. Strawberry Membekalkan asid folik yang cukup tinggi yang sangat penting untuk ibu hamil.
    3. Mineral yang terkandung didalam strawberi seperti mangan dan potasium membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat pada janin.

    10. Tembikai

    Buah Tembikai adalah buah yang digemari ramai kerana rasanya yang manis dan mengandungi banyak air. 

    Buah tembikai bersifat alkali. Bagus untuk detoks tubuh. Di riwayatkan Rasulullah SAW menggemari tembikai
    Beberapa kebaikan Tembikai untuk ibu hamil ialah :
    1. Buah ini kaya dengan mineral dan serat yang baik untuk sistem penghadaman & kesihatan tubuh
    2. Khasiat buah ini pada ibu mengandung dapat membantu mengatasi loya dan mual-mual alahan hamil terutama pada trimester pertama
    3. Tembikai membantu mengurangkan bengkak pada tangan dan kaki, kejang otot, dan memelihara keseimbangan bendalir di dalam badan.

    12. Pisang

    Pisang adalah antara makanan paling bagus untuk ibu mengandung. Khasiat terbaik pisang dapat diperolehi dengan memakannya terus atau mengisarnya menjadi jus tanpa memasaknya
    Potongan pisang segar ke dalam oat, salad atau bijirin semasa sarapan pagi, atau untuk hidangan yang sangat berkhasiat.

    Beberapa kebaikan buah pisang untuk ibu mengandung ialah:
    1. Sumber asid folik, vitamin C, B6, potasium, magnesium, dan lain-lain.
    2. Asid folik didalam pisang berfungsi untuk mengurangkan risiko janin dari cacat sistem saraf.
    3. Vitamin B6 mengawal paras mineral natrium dalam darah dan mencegah mual-mual dan loya semasa mengandung.
    4. Potasium memastikan wanita mengandung  terhindar dari serangan angin ahmar.
    5. Pisang kaya dengan sumber tenaga segera untuk kegunaan tubuh ibu mengandung.

    12. Buah delima

    Buah delima merupakan buah yang sangat baik untuk ibu hamil. Buah ini ada disebutkan didalam alquran dan pastinya ia penuh dengan keberkatan.

    Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:

    Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. 

    Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. 

    Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. 

    Beberapa kelebihan buah delima bagi ibu hamil ialah:

    1. Buah delima kaya dengan tenaga, kalsium, asid folik, zat besi, protein, dan vitamin C
    2. Buah delima kaya dengan antioksidan yang dapat menghalang radikal bebas dan memelihara ibu hamil dari serangan penyakit yang disebabkannya.

    KLIK SINI SEKARANG UNTUK KEMBALI KE MENU DI ATAS

    Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung & Perkembangan Janin

    Dari peringkat awal janin terbentuk. Sangat penting untuk ibu mendapatkan khasiat untuk anak didalam kandungan berkembang dengan sihat.

    Dibawah ini gambaran ringkas tentang fasa fasa kehamilan daripada trimester pertama kedua dan ketiga.
    Seeloknya saya sarankan pengambilan produk set mengandung lengkap untuk ketiga tiga peringkat. 
    makanan untuk ibu hamil diet sihat
    Jadi apa pendapat anda tentang artikel Makanan untuk ibu hamil ini? Saya sangat berminat dengan perkongsian anda semua. Kongsikan di ruangan komen dibawah ya.

    The post Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Sihat Berkhasiat & Sangat Sedap Rasanya appeared first on AKU ISLAM.

    Uktub, Bismi Rabbik! (Menulis atas nama Tuhanmu!)

    $
    0
    0

    menulis menyampaikan ilmuImam Ibnu Aqil pernah berkata;

    Saya selalu berusaha untuk memendekkan waktu untuk makan.

    Sehingga saya lebih suka memakan roti keras dicampur dengan air daripada harus makan roti. Kerana roti keras dicampur dengan air lebih cepat bila mengunyah roti.”

    Dengan cara ini, waktu untuk Imam Ibnu Aqil membaca kitab dan menulis akan lebih banyak. Beliau juga pernah berkata,

    Saya mempunyai komitmen untuk tidak mensia-siakan umur.

    Jika mulutku tidak melakukan diskusi dan mataku tidak melakukan aktivitas membaca, maka pikiranku tetap bekerja, meskipun sedang berbaring istirahat.

    Saya tidak akan bangun, kecuali muncul idea yang akan saya tulis.

    Sungguh, ketika saya sudah mencapai umur delapan puluh tahun, semangat kuat untuk meningkatkan ilmu jauh lebih besar bila dibandingkan saat saya, saya masih berumur dua puluh tahun.”

    Demikianlah kehebatan seorang ulama mazhab Hanbali, Abu Al Wafa‘ Ali bin Aqil bin Muhammad Al Baghdadi Al Hanbali, seorang penulis kitab seorang penulis kitab yang terknal kerana ketinggian ilmu yang beliau miliki.

    Perintah Menuntut Ilmu

    Perintah pertama yang diturunkan oleh Tuhan kepada nabi Muhammad SAW adalah perintah membaca melalui suara Al-Alaq.

    Membaca sinonim dengan ilmu pengetahuan, dan sebagai umat Islam adalah penting untuk kita sentiasa mempertingkatkan ilmu pengetahuan untuk memastikan umat Islam setanding dengan penganut agama lain.

    Ilmu-ilmu keakhiratan dan keduniaan harus bergerak seiring untuk menyampaikan mesej Islam sentiasa relevan; yakni bukan sahaja memerintahkan penganutnya untuk mengabdikan diri kepada Rabbnya, tetapi dalam masa yang sama mempertingkatkan pengetahuan dalam hal-hal duniawi.

    Saya berpadangan adalah satu kesilapan bagi seorang muslim untuk mengarahkan semua umat Islam untuk hanya memfokuskan ilmu agama dan keakhiratan tanpa mempelajar ilmu duniawi seperti ilmu sains, ekonomi dan teknologi.

    Kita memerlukan umat Islam untuk berada dalam bidang-bidang kritikal ini untuk membantu pembangunan ummah, perang tidak dimenangi oleh tentera pada masa kini, tetapi dengan penguasaan eknomi dan teknologi.

    Sains dan agama tidak pernah bermusuh, cuma sekali-sekala penjelasan agama mendepani masa sehingga gagal untuk dijelaskan oleh sains pada sesuatu zaman.

    Membaca merupakan cara terbaik untuk kita mendapatkan ilmu, kemudian ilmu-ilmu yang kita perolehi melalui pembacaan ini akan membantu kita untuk memperbanyakkan dan memperbaiki amal soleh.

    Menulis atas nama Tuhanmu!

    Seorang politikus eropah Gordon Smith pernah berkata;

    Membaca tanpa menulis, ibarat memiliki harta dibiarkan membukit tanpa dimanfaatkan. Menulis tanpa membaca, ibarat mengeduk air dari sumur kering. Tidak membaca dan juga tidak menulis, ibarat orang tak berharta jatuh ke dalam sumur penuh air.”

    Setelah memilki ilmu melalui siri pembacaan, ummat Islam perlu memanfaatkan perkembangan teknologi yang ada untuk menyampaikan dakwah melalui tulisan.

    Penulisan atas nama tuhan adalah tulisan yang mengajak manusia untuk mendekatkan diri kepada tuhan, dan jauh sekali daripada sikap menghukum.

    Seorang yang mengaku pendakwah tidak seharusnya menggunakan mata pena untuk menghukum orang lain, atau menyumbat mereka ke neraka sebelum mendapat pertimbangan daripada sang kuasa.

    Biarlah tulisan kita dipenuhi dengan hikmah dan rasa cinta terhadap saudara seagama kita, mudah-mudahan dengan sikap berhikmah yang kita tunjukkan, dia akan kembali ke jalan yang benar.

    Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Rabbmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

    [An-Nahl/16:125]

    Kehadiran ummat Islam yang memenuhkan buku dan alam maya yang membawa mesej ilmu dengan penuh hikmah akan menutralkan bahan-bahan negatif yang sedang menguasai kebanyakkan platform bahan bacaan.

    Menulislah mengikut kepakaran kita, dan tidak semestinya perlu menulis tentang agama sahaja, tapi berpeganglah pada prinsip segala ilmu adalah milik Tuhan.

    Waspada dalam Membaca dan Menulis

    Apabila kita membaca banyak bahan bacaan, adalah sikap yang baik untuk bertanya kepada mereka yang ahli dan memiliki kemahiran dalam bidang terkait bahan bacaan kita.

    Ini akan membantu kita untuk sentiasa berada dalam landasan yang betul dan tidak tercicir.

    Hal ini kerana lambakan dalil-dalil palsu yang berlegar-legar di alam maya selalu sahaja memerangkap kebanyakkan kita, kerana bunyi dan saranannya mampu memikat hati.

    Kita perlu waspada dengan dalil-dalil palsu seperti ini, lebih-lebih lagi yang mengaitkan Rasulullah SAW kerana sabdanya;

    Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaknya dia mengambil tempat duduknya di neraka.”

    (H.R. Bukhari dan Muslim)

    Bimbang nanti dalam usaha kita menuju syurga tuhan, sebenarnya kita sedang menempah kenderaan ke jalan yang berbeza.

    Hal ini perlu diaplikasikan kepada tulisan juga, apabila kita telah menulis sesuatu, maka adalah amalan yang baik untuk memperlihatkan kepada mereka yang layak.

    Kesimpulan

    Uktub, Bismi Rabbik!

    Menulislah di atas nama tuhanmu.

    Inilah masanya untuk kita ummat Islam merajinkan diri untuk mempertingkatkan keilmuan kita melalui membaca dan menulis.

    Apabila kita memiliki ilmu yang baik, maka dengan mudah kita akan berjaya menyusun aksara untuk menyampai mesej-mesej positif agama.

    Mulakanlah hari ini, kerana perkara yang paling sukar untuk menulis adalah memulakan.

    Artikel ini adalah perkongsian daripada Rahman Imuda, Aktivis Mahasiswa dan mantan NYDP disalah sebuah universiti.

    Beliau boleh dihubungi di ada.urusan@gmail.com

    The post Uktub, Bismi Rabbik! (Menulis atas nama Tuhanmu!) appeared first on AKU ISLAM.

    Menjual Doa: Satu Inovasi Yang Benar-Benar Mungkar!

    $
    0
    0

    penungang agamaBeberapa hari lepas saya terkejut apabila melihat satu fanpage facebook yang menawarkan khidmat berdoa di tanah suci.

    Pemilik fanpage turut bersyarah tentang kemustajaban doa di tanah suci dan cuba mengeksploitasi kehendak dan kesusahan yang sedang di hadapi oleh kebanyakam rakyat Malaysia.

    Saya agak kecewa apabila kebanyakan kita hanya bersetuju bahawa perniagaan seperti ini adalah salah dan boleh membawa fitnah kepada Islam apabila Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri selaku Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa.

    Ini menunjukkan bahawa produk dan servis yang menjual agama tumbuh seperti cendawan selepas hujan sejak kebelakangan ini didorong oleh kekontangan ilmu dan kurangnya kemahiran berfikir dalam kalangan umat Islam.

    Saya selalu memberi peringatan kepada diri saya dan kawan-kawan bahawa Islam adalah agama yang tidak memerlukan perantara di antara seorang hamba dengan tuhan.

    Apabila kita berhajat untuk memohon sesuatu kepada tuhan, kita tidak perlu membayar sesiapa untuk mendoakan hajat itu untuk kita.

    Saya tidak menafikan ada tempat-tempat dan keadaan-keadaan tertentu yang mempunyai keistimewaan ketika berdoa, tetapi mengkomersialkan doa atau ibadah adalah satu inovasi yang benar-benar mungkar.

    Islam Adalah Agama yang Sempurna

    Saya bukanlah seorang yang ‘kuat agama’ tetapi bersifat fundamentalis dalam menilai ibadah dan menolak inovasi baharu dalam agama.

    Bagi sesiapa yang gemar mengikuti perbincangan yang selalu diikuti oleh emosi berkenaan Bida’ah, saya adalah antara orang yang cenderung untuk menolak tokok-tambah dalam agama tapi tidak prejudis terhadap mereka yang melakukanya memandangkan saya hanya orang awam.

    Saya rasa elok isu ini dibahaskan ditulisan yang lain dan lebih baik kita berfokus dengan isu menjual doa.

    Kelembutan sesetengah kita apabila berhadapan dengan inovasi atas nama agama telah membuatkan mereka-mereka yang gemar mengambil kesempatan menggunakan modal ini.

    Kita patut bersyukur kerana kebanyakan umat Islam pada hari ini sangat gemar menghadiri program atau produk yang terkait dengan agama.

    Namun yang demikian, masyarakat awam harus sentiasa berjaga-jaga kerana tidak semua perkara yang dilakukan atas nama agama itu adalah perkara yang betul dan mendapat ganjaran di sisi tuhan.

    Agama Islam adalah agama yang sudah serbi lengkap tanpa memerlukan sebarang tokok-tambah atau inovasi yang tidak perlu.

    Allah berfirman;

     … Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agama bagimu …”

    [Al-Maa-idah: 3]

    Al-Hafizh Ibnu Katsir rahimahullah (wafat th. 774 H) menjelaskan:

    Ini merupakan nikmat Allah Azza wa Jalla terbesar yang diberikan kepada umat ini, ketika Allah menyempurnakan agama mereka. Sehingga, mereka tidak memerlukan agama lain dan tidak pula Nabi lain selain Nabi mereka, iaitu Nabi Muhammad SAW.

    Oleh kerana itu, Allah Azza wa Jalla menjadikan baginda sebagai penutup para Nabi dan mengutusnya kepada seluruh manusia dan jin.

    Tidak ada yang halal kecuali yang baginda halalkan, tidak ada yang haram kecuali yang diharamkannya, dan tidak ada agama kecuali yang disyariatkannya.

    Semua yang dikhabarkannya adalah haq, benar, dan tidak ada kebohongan, serta tidak ada kontradiksi sama sekali.

    Ini menjadi bukti yang hakiki bahawa agama Islam yang ada pada hari ini sudah sempurna tanpa perlu diberikan penambahan yang seringkali membawa fitnah kepada agama itu sendiri.

    Pastinya masih terlalu banyak amalan-amalan sohih yang kita belum lakukan, mengapa perlu kita memilih amalan-amalan yang tidak berasas.

    Dalil dan ‘asas’ dalam ibadah itu penting untuk menghindarkan diri daripada kita tertipu dengan penunggang-penunggang agama yang semakin mendapat tempat di dalam masyarakat.

    Hentikanlah Menjual Agama

    Saya agak terganggu dengan kebanyakan produk-produk yang dicalitkan sedikit dengan bacaan-bacaan yang didakwa datang daripada kitab suci Al-quran lalu dijual dengan harga yang mahal.

    Kebanyak peniaga seperti ini akan mendakwa produk mereka akan mendapat manfaat sampingan hasil daripada bacaan tersebut.

    Agama Islam bukan hanya untuk orang yang kaya sahaja, tetapi jika kita meneliti sejarah, ia dimulai daripada kelas bawahan.

    Jika kita membenarkan produk-produk seperti ini tumbuh, seolah-olah kita mengatakan kepada kaum miskin bahawa mereka tidak boleh mendapat khasiat daripada produk-produk seperti ini atau doa-doa mereka tidak akan termakbul kerana gagal melanggan servis berdoa di tanah suci.

    Saya yakin dan percaya sekiranya produk atau servis yang ditawarkan benar-benar berkualiti dengan harga yang berpatutan, maka para peniaga ini tidak perlu untuk mencalitkan unsur-unsur agama untuk melariskan perkhidmatan mereka.

    Masyarakat pula harus semakin bijak dan matang dalam menilai perkhidmatan seperti ini agar tidak mudah tertipu sekali gus mendorong lebih ramai ‘buaya-buaya agama’ ini untuk mengambil kesempatan.

    Kesimpulan

    Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah Ta’ala selain do’a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik.”

    (HR Tirmidzi 2065)

    Doa merupakan salah satu senjata yang dimiliki oleh seorang muslim.

    Berdoalah di mana-mana sahaja kita berada dengan bersungguh-sungguh, pastinya tuhan tidak akan menghampakan doa seorang hamba.

    Kita tidak perlukan sesiapa untuk menghantar doa kita kepada tuhan dengan servis yang mahal, kita boleh berdoa secara langsung kepada sang maha pendengar.

    Artikel ini adalah perkongsian daripada Rahman Imuda, Aktivis Mahasiswa dan mantan NYDP disalah sebuah universiti.

    Beliau boleh dihubungi di ada.urusan@gmail.com

    The post Menjual Doa: Satu Inovasi Yang Benar-Benar Mungkar! appeared first on AKU ISLAM.

    Bagaimana Saya Berubah Dari Seorang Introvert Kepada Extrovet?

    $
    0
    0

    Bagi yang tak mengenali, mungkin menyangka saya seorang yang sombong kerana kurang bersembang dengan orang.

    Tetapi, sebenarnya tidak begitu teman-teman.

    Itu adalah karekter diri saya sebagai seorang Introvert.

    Di sini saya kongsikan ciri-ciri seorang Introvert. Mungkin anda juga mempunyai karakter yang sama.

    1. Tidak suka berbual kosong
    1. Tidak suka berada di tempat orang ramai
    1. Bukan anti-sosial tetapi selektif dalam memilih kawan
    1. Lebih suka keluar dengan orang yang rapat.
    1. Suka melihat dan merenung alam sekitar
    1. Pendengar yang baik
    1. Berhati-hati bila berbicara
    1. Lebih cenderung untuk menulis
    1. Perancang yang baik
    1. Sahabat yang setia

    Disebabkan itu, saya cuba mengasah bakat saya dalam bidang penulisan. Mungkin inilah caranya untuk saya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

    Bagi membuktikan yang saya benar-benar serius, saya sanggup membayar yuran yang mahal untuk mengikuti kursus penulisan dan membeli buku-buku rujukan di DBP.

    Dan, saya juga telah menyumbangkan tulisan dalam 2 buah buku. Tahun ini, merancang untuk menerbitkan sendiri sebuah lagi buku.

    Tapi, dalam sesetengah perkara memerlukan saya untuk mengubah karekter saya kepada Extrovert.

    Kerana apabila kita ingin berdakwah, perlu berjumpa dengan orang, kena berucap di hadapan khalayak ramai.

    Jadi, saya cabar juga diri saya untuk ke hadapan.

    Saya beranikan diri untuk membuat pembentangan dan berkhutbah dalam bahasa arab di dalam kelas. Kebiasaannya pelajar melayu lebih suka senyap sahaja dalam kelas.

    Meskipun, nahu tunggang langgang tapi mereka tidak mengutuk, malah memberikan semangat dan tepukan. Pensyarah pun memberikan pujian dan markah tambahan. Alhamdulillah.

    Saya juga menawarkan diri untuk menyampaikan sebuah talk kepada komuniti melayu pencerahan mengenai ‘Kesesatan Syiah’.

    Ya Allah, gugupnya hanya Tuhan yang tahu.

    Sampai tersasul menyebut kerana terlalu cuak. Tapi, isteri banyak bantu dan memberikan tunjuk ajar kerana dia juara debat semasa di sekolah dulu.

    Tak kiralah anda seorang Introvert ataupun Extrovert, pandai-pandailah sesuaikan diri dalam dakwah.

    Tarbiyah bisa membentuk diri kita menjadi seorang yang fleksibel bagi mencapai objektif dakwah.

    Artikel ini adalah dikirimkan oleh sahabat kita,  Muhammad Zabidi Bin Azhar@Nadzri, Universiti Al Al-Bayt Mafraq, Jordan.

    Semoga perkongsian beliau memberi manfaat kepada kita semua. Beliau juga mempunyai laman blog iaitu  zabidiazhar.wordpress.com

    The post Bagaimana Saya Berubah Dari Seorang Introvert Kepada Extrovet? appeared first on AKU ISLAM.

    Belajar Tawakal Dari Seekor Burung

    $
    0
    0

    burungIbadah yang difahami kebanyakan daripada kita ialah ibadah yang berbentuk zahir, seperti Solat, Zakat, Haji, Membaca Al-Quran.

    Tetapi, ramai yang terlepas pandang tentang ibadah hati.

    Apakah ibadah hati itu?

    Ia adalah perintah Allah yang disebutkan di dalam Al-Quran, tetapi perlaksanaannya tidak nampak pada pandangan mata manusia.

    Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”

    – Ali Imran: 159

    Diantara ibadah hati itu adalah, sepertimana yang disebutkan oleh Al-Imam Al-Ghazali iaitu:

    • Taubat
    • Sabar
    • Syukur
    • Redha
    • Tawakkal
    • Mujahadah
    • Raja’
    • Khauf
    • Mahabbah

    Di dalam ilmu Tasawwuf ia disebut sebagai Maqam Ma’rifat.

    Kali ini, saya akan cuba mengupas berkenaan sifat Tawakkal.

    Saya cuba kongsikan pada perspektif saya hasil daripada pengalaman dan juga pengamatan saya.

    Ramai beranggapan rezeki itu apa yang di tangannya.

    Sedangkan, rezeki itu merupakan rahsia Allah yang kita tidak tahu bagaimana percaturannya.

    Dia pemilik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia boleh menaikkan dan menjatuhkan seseorang dalam sekelip mata.

    Oleh kerana kita hidup di zaman moden, menjadikan jiwa kita terlalu menebal dengan materialistik.

    Jiwa sentiasa gelisah bila tiada duit di tangan, hati terlalu risau akan menempuh masa depan yang masih tidak pasti.

    Dengan kenaikan kos sara hidup dan keperluan yang lain, menambahkan lagi tekanan hidup.

    Semua perkara kita akan berkira.

    Pakai kereta mewah, tetapi bila keluar makan dengan kawan, waktu bayar semua buat tak paham. Tinggal di rumah besar, tapi tak pernah jemput ibu ayah di kampung datang ke rumah.

    Mampu makan di restoran mewah, tapi bila ada peminta sedekah, nak hulurkan seringgit pun payah. Aduh! kemewahan telah menghancurkan kemanusiaan.

    Ditambah pula, sifat kebergantungan kita kepada sijil, kepada majikan, menjadikan sifat kebergantungan kita kepada Allah semakin luntur.

    Ini kerana, kita berasa selesa dan menganggap hidup kita telah terjamin dengan apa yang kita ada.

    Si penuntut ilmu, belajar dan mengejar sijil dengan niat untuk memperoleh jawatan tinggi.

    Tidak terlintas untuk menyumbang ilmunya itu untuk manfaat ramai. Semuanya untuk kepentingan diri semata-semata.

    Anak muda pula, bekerja keras untuk mencapai impian memiliki kereta mewah dan mengumpul kekayaan sehingga tidak mengambil kira sumber diperolehi dari jalan yang halal mahupun haram.

    Tidak terfikir pula untuk diinfakkan hartanya itu untuk insan yang lebih memerlukan melalui zakat ataupun sedekah.

    Ibu bapa pula, terlalu sibuk bekerja di luar rumah.

    Tak cukup dengan kerja di pejabat, terpaksa pula melakukan kerja tambahan bagi menampung keperluan hidup keluarga, sehingga mengabaikan anak-anak di rumah.

    Tujuan asal mencari rezeki untuk membahagiakan keluarga telah dilupakan.

    Saya ada terbaca satu status di media sosial, yang mempersoalkan kepada mereka yang memilki ramai anak sebagai menyusahkan negara, atas faktor bebanan hidup dan kemelesetan ekonomi.

    Beliau menasihati supaya dilakukan perancangan keluarga dan meletakkan had anak sepertimana di negara China.

    Lihatlah, bagaimana orang tua kita dahulu membesarkan kita dengan adik-beradik yang ramai, saya sendiri ada 11 beradik.

    Manakala, ibu saya ada 14 beradik.

    Walaupun, dahulu gaji ayah kita tidaklah sebesar gaji yang kita perolehi sekarang. Tetapi, Allah telah menjamin rezeki setiap orang. Diberikan ilham untuk mendapatkan rezeki buat keluarganya.

    Hikmah mengapa junjungan mulia Rasulullah S.A.W. dibesarkan di dalam keadaan yatim piatu, adalah untuk mendidik nabi agar sentiasa bergantung dan menyerahkan segalanya hanya pada Allah.

    Lantaran itu, baginda berani menyampaikan dakwah kepada kaumnya walau dihina, dicaci dan difitnah.

    Kerana baginda yakin Tuhan sentiasa ada bersama-Nya.

    Di dalam sebuah hadis nabi mengajak kita untuk melihat bagaimana tawakkal dari seekor burung

    Dari Umar bin Al-Khatab R.A., dari Rasullulah S.A.W. bersabda:

    Seandainya kalian sungguh sungguh bertawaakal kepada allah, sesungguhnya allah akan memberi kalian rezeki sebagaimana allah memberikan rezeki kepada seekor burung yang pergi dalam keadaan perutnya yang lapar lalu kembali lagi tetapi dalam keadaan kenyang.”

    – HR. Imam ahmad, Tirmidzi, ibnu hibban serta Al hakim

    Orang yang bertawakal tidak akan berkeluh kesah dengan apa sahaja, ujian yang ditimpakan kepadanya.

    Dia tidak akan beputus asa jika gagal, dia akan berusaha dan terus usaha sehingga Tuhan berikannya kejayaan.

    Dia juga akan sedar harta yang dimiliki hanyalah pinjaman, lalu ia kongsikan hartanya itu kepada manusia lainnya.

    Tawakal ini tidak akan diperolehi tanpa latihan dan juga keyakinan yang tinggi.

    Justeru itu, letakkan keyakinan kita sepenuhnya kepada Tuhan, pasti tak mengecewakan!

    Artikel ini adalah dikirimkan oleh sahabat kita,  Muhammad Zabidi Bin Azhar@Nadzri, Universiti Al Al-Bayt Mafraq, Jordan.

    Semoga perkongsian beliau memberi manfaat kepada kita semua. Beliau juga mempunyai laman blog iaitu  zabidiazhar.wordpress.com

    The post Belajar Tawakal Dari Seekor Burung appeared first on AKU ISLAM.

    Perit Dan Takut Dengan Masa Lalu: 3 Tips Untuk Mereka Yang Mengalami Kehilangan

    $
    0
    0
    fobia takut dengan masa lalu
    Masalah utama selepas kita pernah mengalami kehilangan, fobia dan takut dengan masa lalu.. * blame it on the weatherman by koksuel
    Artikel ini dihantar ke inbox kami oleh Aisya Asiah. Semoga kisah yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca blog akuislam.com

    Saya kehilangan dia pada saat saya belum bersedia untuk melepaskan dia pergi..

    …namun saya juga belum ada keyakinan untuk menerima dia sebagai imam saya sekaligus meletakkan dia sebagai penentu haluan hidup saya seterusnya.

    Keyakinan yang masih belum kunjung tiba lewat tiga bulan kami berkenalan.

    Tiga bulan, mungkin singkat bagi orang lain.

    Tapi cukup panjang untuk saya berada dalam hubungan yang tak pasti hala tujunya.

    Dalam masa yang sama saya perlu menjaga hati, menjaga batas pergaulan yang saya akui, sering kali saya kabur tentangnya.

    Ya, memang saya yang masih belum yakin.

    Memang hati saya yang sering berbolak balik sedangkan dia sedia menerima diri saya apa adanya.

    Tanpa syarat.

    Dan pada saat saya kehilangan dia, baru saya mengerti betapa berharganya dia dalam hidup saya..

    ………

    Penulisan saya ini untuk berkongsi dengan mereka di luar sana yang sedang melalui apa yang saya rasakan ketika ini.

    Hanya ingin berkongsi, jauh sekali untuk mengajar.

    Saya tak layak untuk mengajar kerana sungguh, sejak dia memutuskan untuk mengakhiri hubungan ini belum pun sebulan yang lalu, hingga ke hari ini saya masih lagi dalam proses memujuk hati.

    Cuba berfikiran positif. Optimis bahawa kesakitan yang sedang saya rasai ini bakal berakhir.

    Seperti lagu Opick,

    Tiada duka yang abadi selamanya,

    Tiasa sepi merantaimu selamanya.

    Malam kan berakir hari kan berganti.

    Takdir hidup kan dijalani.

    Hakikatnya memang tiada apa yang abadi di dunia ini.

    Segalanya-galanya fana, akan hilang suatu hari nanti. Sedih, sepi, suka, duka, segalanya silih berganti.

    Jujur, sejak hampir sebulan lalu, apa saja yang tak saya rasai?

    Rasa bagai berjalan di atas angin. Melayang-layang.

    Bangun tidur dengan hati yang kosong, berharap yang semua ini tak pernah terjadi.

    Memandu sepanjang perjalanan daripada rumah ke kampung dengan air mata yang tak henti mengalir.

    Melayan lagu-lagu cinta. Meroyan, merampus, mengadu dengan kawan baik saya setiap hari. Tak lalu makan. Teringat dia.

    Bagai terdengar-dengar kata-kata akhirnya di telefon awal pagi itu, saat dia memutuskan untuk mengakhiri semua ini- ‘awak jaga diri.’

    Suatu ketika dulu, pernah saya katakan padanya, saya mampu kawal perasaan saya sendiri.

    Maksud saya, saya tak akan jatuh sayang pada mana-mana lelaki melainkan pada lelaki yang telah sah bergelar suami saya.

    Tapi nyata saya takabbur.

    Siapa saya untuk mengawal perasaan sendiri?

    Sedangkan hati itu sendiri milik Allah.

    Saya hanya sedar yang rasa sayang itu memang ada selepas dia tiada.

    Perit. Memang perit.

    Jujur, beberapa hari ini, air mata yang dah lama tak menitis ini menjadi begitu murah sekali.

    Nafas ditarik terasa begitu sesak.

    Sempit, pedih. Hanya yang pernah melalui yang akan merasa.

    Segalanya saya simpan sendiri kecuali kepada rakan baik saya yang jauh di mata. Hanya pada dia saya mampu luahkan segalanya.

    Di depan orang lain saya berlakon kuat.

    Dan Alhamdulillah, ia mengundang saya untuk jadi kuat seperti apa yang saya paparkan.

    Hakikatnya rasa kehilangan yang saya lalui, tiada siapa mengerti.

    Apatah lagi perjalanan hubungan saya dan dia mungkin tak sama seperti orang lain.

    Serik dan takut dengan masa lalu. Takut ia berulang..

    Selepas putus tunang pada tahun empat tahun yang lalu, saya sangka yang saya tak akan melalui situasi ini lagi kerana selepas putus tunang, saya bertekad hanya ingin bercinta selepas nikah.

    Jadi selama empat tahun ini saya menolak kehadiran lelaki lain dalam hidup saya.

    Bukan serik, tapi kerana saya sendiri tak pasti dan keliru bagaimana untuk menerima kehadiran lelaki lain, dalam masa yang sama cuba menjaga diri daripada perangkap couple.

    Sungguh saya keliru.

    Tapi takdir Allah menemukan saya dengan dia.

    Sejak kali pertama mengenali dia, seringkali dalam doa saya panjatkan, Ya Allah jika dia benar jodohku, mudahkan proses ini.

    Saya tak ingin berlama-lama dalam hubungan yang tak pasti.

    Seringkali juga saya mohon agar hati saya tak terikat pada mereka yang tak layak agar saya mudah melepaskan suatu hari nanti.

    Solat istiharah telah beberapa kali saya kerjakan, tapi hingga ke hari ini saya masih belum ada ketetapan hati.

    Hakikatnya saya tahu saya sedang mendera diri saya dan dia juga.

    Saya tahu dia memang bersungguh-sungguh.

    Sejak pertemuan yang kedua lagi dia telah mula bercakap tentang perkahwinan, tentang keinginan untuk memiliki cahaya mata sendiri.

    Malah dia telah berjumpa ibu bapa saya dan ibu bapa saya sendiri cukup berkenan dengannya.

    Tapi entah mengapa hingga ke hari ini saya masih mencari rasa yakin yang tak kunjung tiba. Sukar untuk diterangkan.

    Bagaimana saya bisa menerangkan apa yang ada dalam hati ini dengan kata-kata sedangkan saya sendiri tak dapat menerangkan pada diri saya sendiri.

    Apakah saya terlalu judgemental?

    Adakah saya terlalu mengharapkan kesempurnaan? Apakah saya tidak realistik?

    Apakah saya telah terlalu lama hidup sendiri hingga saya tak pandai menghargai kehadirian orang lain dalam hidup saya?

    Mungkin saya takut dengan masa lalu dia.

    Atau saya takut dengan masa lalu saya sendiri.

    Atau…entahlah. Saya keliru. Sungguh keliru.

    Ya, memang saya pentingkan diri.

    Saya belum bersedia untuk menerima dia, dalam masa yang sama saya harap dia sentiasa ada hingga tiba saat saya membuat keputusan yang belum tentu memihak kepadanya.

    Dalam masa yang sama juga, saya dihambat rasa bersalah melanjutkan hubungan antara dua insan yang bukan mahram.

    Walaupun antara kami tak pernah keluar berdua-duaan, tak juga saling mengungkap perasaan, namun tetap disulami aktiviti bertanya khabar, berborak tentang diri masing-masing, tentang hal semasa yang kadang kala berlanjutan hingga ke lewat pagi.

    Sungguh, saya rasa bersalah.

    Kini saya cuba bangkit.

    CD lagu-lagu cinta saya patahkan.

    Hakikatnya ia hanya melalaikan, membawa saya tenggalam dalam khayalan-khayalan yang tak berkesudahan.

    Saya cuba menahan diri untuk mengadu kepada rakan saya.

    Saya suka didengari, tapi hakikatnya saya ada Yang Maha Mendengar, Yang sentiasa sudi untuk mendengar, malah hanya Dia yang akan dapat meringankan setiap rasa dalam hati saya dalam erti kata yang sebenarnya.

    Menangis. Ya saya masih menangis.

    Tapi tangisan itu saya panjatkan dalam doa.

    Saya untaikan dalam pengharapan agar Allah menetapkan yang terbaik untuk saya walau mungkin penilaian ‘baik’ bagi Dia tak selari dengan nafsu saya.

    Letakkan penilaian baik dan buruk hanya pada Dia Yang Maha Tahu. Saya hanya hamba yang perlu akur dengan segalanya yang telah ditulis untuk saya.

    Tiga langkah ini saya gariskan untuk diri saya sendiri dalam menghadapi ujian ini.

    Saya sendiri masih ‘struggle’ untuk mengamalkannya saban hari.

    Moga ia bermanfaat untuk mereka yang sama sedang melalui apa yang saya rasai ketika ini.

    Bukan senang nak menjaga hati dan melupakan dari ingatan.

    Muhasabah diri.

    Ya saya akui, dalam tiga bulan kami berkenalan, tak kira bagaimana saya cuba menjaga hati, tetap ada salah langkah.

    Banyak. Terlalu banyak.

    Mungkin hati saya sendiri telah kotor dicemari dengan ingatan pada lelaki yang bukan mahram.

    Dalam masa itu, Allah hilang dari hati saya. Dan kini Allah ingin membersihkan hati saya agar saya meletakkan sesuatu yang hak pada tempatnya.

    Hanya Allah yang berhak bertahta di hati, bukan manusia.

    Seringkali saya ungkapkan dalam doa, Ya Allah sesungguhnya rasa sakit ini jauh lebih baik daripada azab Mu di akhirat kelak.

    Ya Allah, dosaku banyak, amalku sedikit, kehendakku besar. Sungguh aku telah menzalimi diri sendiri.

    Saya pernah mendengar ceramah ‘you tube’ daripada Yasmin Mogahed, di akhirat nanti kita sanggup menebus apa saja untuk menyelamatkan diri kita daripada azab Allah.

    Apa saja. Ibu bapa, anak, suami/isteri, harta, benda.

    Jadi kenapa tak di dunia?

    Bukankah ujian itu tanda Allah sayang pada kita?

    Tanda Allah sedang memandang kita. Allah ingin mendengar rayuan kita padaNya.

    Sejak putus tunang dulu, saya tidak pernah diuji dengan ujian hati seperti ini. Hidup saya tenang-tenang saja. Segala-galanya mudah bagi saya.

    Baru sekarang Allah berikan ujian ini, takkan saya terus lupa nikmat tenang yang telah Allah kurniakan sebelum ini.

    Yakinlah, dengan bersyukur baru kita akan nampak yang masalah kita ini sebenarnya begitu kecil.

    Jauh lebih kecil berbanding dengan saudara-saudara se Islam lain yang sedang diuji.

    Bayangkan anak-anak yatim di Syria, di Palestin yang perlu melalui segala kesusahan hidup seorang diri selepas kehilangan ibu bapa yang tersayang.

    Mereka yang daif, yang perlu memikirkan perut anak, isteri dan perut sendiri untuk diisi sehari-hari. Etnik Rohingya yang ditindas kejam, mencari tempat untuk berlabuh.

    Mereka yang diuji dengan penyakit yang tak sembuh-sembuh. Mereka yang kekurangan upaya. Mereka yang hidup tanpa iman.

    Ya Allah, malunya saya.

    Syukur Ya Allah, hanya ini ujian Mu. Sedangkan daripada segi lain semua saya cukup. Saya ada Islam, cukup makan, pakai, kesihatan saya baik, sempurna semua anggota.

    Saya ada keluarga, kawan, ada kerjaya.

    Banyak lagi nikmat Allah yang tak mampu saya ungkapkan. Yakinlah, ujian Allah tak kan melebihi kemampuan hambaNya. Terima kasih Ya Allah.

    Menyerahkan segalanya pada Dia. Kerana hanya Dia yang Maha Tahu.

    Rencana Dia adalah yang terbaik, melebihi keinginan saya. Allah Maha Tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan.

    Allah juga tahu apa yang saya mampu hadapi dan apa yang saya tak mampu hadapi.

    Mungkin Allah beri saya rasa sakit sekarang ini untuk mengelak rasa sakit yang lebih besar di masa akan datang.

    Kalau bukan di dunia, mungkin di akhirat. Yakinlah, takdir Allah adalah yang terbaik. Yang terindah.

    Sering saya panjatkan dalam doa, Ya Allah bergantung pada manusia itu menyakitkan.

    Lalu ajari aku Ya Allah, untuk hanya bergantung pada Mu. Mengharap pada Mu. Mengembalikan semuanya pada Mu. Jadikan redha itu bukan sekadar di mulut, tapi di hati.

    Bukan tugas kita untuk berfikir sampai pening-pening kepala tentang soal jodoh yang telah ditetapkan Allah sejak azali lagi.

    Bukan juga untuk mengenang masa lalu.

    Tugas kita hanya untuk beribadah pada Allah. Redha atas apa jua kurniaanNya.

    Belajar untuk redha..

    siapa yang tak mahu berkahwin?

    Tapi saya tak mahu jadikan kahwin itu matlamat. Tetapi sebagai jalan.

    Jalan untuk mencapai redhaNya. Dunia ini terlalu rendah nilainya untuk diletakkan sebagai matlamat.

    “Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan

    amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu

    sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”

    Surah Al-Kahfi: 46

    Langkah yang seterusnya selepas redha…tiada.

    Saya hanya perlu menjalani kehidupan harian seperti biasa, bersendikan sunnah Rasullah s.a.w.

    Hanya perlu yakin, suatu hari nanti saya pasti akan dapat lihat hikmah di sebalik semua ini.

    Hikmah itu tak perlu dicari, tak perlu ditunggu. Ia akan datang sendiri.

    Dengan syarat kita sabar dan redha.

    Tak di dunia, di akhirat.

    Bagaimana mengisi ruang kosong dalam hati?

    Suatu masa dulu selepas saya putus tunang, hati saya kosong.

    Bagai ada lubang besar di dalamnya.

    Saya tercari-cari apa yang dapat memenuhi hati saya yang kosong ini.

    Saya merancang percutian, keluar dengan kawan-kawan, menonton filem.

    Namun hati saya tetap kosong.

    Rupa-rupanya itu cara Allah nak beri petunjuk untuk cari Dia, untuk bergantung hanya pada Nya.

    Untuk kembali sedar tujuan utama saya diwujudkan di muka bumi ini. Tanggungjawab yang telah lama saya lalaikan.

    Hanya selepas itu saya sedar yang rasa kosong yang Allah beri itu jauh lebih baik daripada Allah penuhkan hati saya dengan perkara-perkara haram atau lagha, dengan kawan-kawan atau pasangan serta perkara-perkara lain yang membuat saya makin jauh denganNya.

    Bagaimana pula saya nak lupakan dia?

    Tipu jika saya katakan ia sesuatu perkara yang mudah. Saya tak mungkin dapat lupakan dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa ketika ini.

    Jadi saya hanya pertu tukar ‘mindset.’

    Bagaimana?

    Saya selalu berfikir, banyak mana pun kelebihan dia, dia tetap makhluk. Dia hamba Allah. Yang baik itu semua datang daripada Allah.

    Dan InsyaAllah sifat baik itu juga ada pada ramai orang lain di luar sana.

    Dan yang lebih pasti, kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w itu pasti lebih sempurna. Kasih sayang baginda pada umatnya lebih telus, lebih wajar untuk dikenang.

    Bagindalah insan yang paling layak untuk dikasihi. Juga saya ada ibu bapa yang begitu menyayangi saya.

    Yang telah banyak berkorban untuk saya selama ini.

    Takkan hanya kerana seorang lelaki membuatkan saya lupa tentang semua ini?

    Penutup: Doa juga jangan lupa.

    Itu senjata terampuh seorang muslim.

    Hingga ke hari ini namanya masih terselit dalam doa saya, begitu juga dengan bekas tunang saya, moga kami sama-sama dipertemukan dengan jodoh yang makin mendekatkan kami denganNya.

    Dan pada saat saya kehilangan dia, itulah saat saya kembali mengadu, merintih dan mengharap kasih pada pencipta saya. Pada Dia Yang Satu.

    Sesuatu yang terlalu mudah dilupakan dalam menghadapi kesibukan harian.

    Ya Allah, ampunkan segala salah dan dosaku

    Ya Allah, syukur atas segala nikmat yang telah kau kurniakan pada ku.

    Ya Allah, ajari aku untuk redha atas segala ketetapan Mu.

    Percayalah, saat anda kehilangan adalah saat anda akan memperoleh sesuatu yang lebih berharga.

    Dengan redha, segala-galanya pasti akan menjadi lebih indah.

    The post Perit Dan Takut Dengan Masa Lalu: 3 Tips Untuk Mereka Yang Mengalami Kehilangan appeared first on AKU ISLAM.

    3 kaedah Membayar & Menguruskan Pinjaman Berunsur Faedah (Riba’)

    $
    0
    0
    pinjaman berunsurkan
    memilih pinjaman berunsurkan riba? Jangan, ianya membebankan..

    Betapa mudahnya kehidupan kita masa kini.

    Kurang mampu untuk membeli rumah atau kereta, institusi perbankan dan kewangan sedia memberikan pinjaman.

    Sedar tak sedar, 15 tahun selepas pinjaman dibuat, kita masih setia membuat bayaran ansuran bulan demi bulan sedangkan bila dikira semula, jumlah hutang asal sepatutnya sudahpun terlangsai.

    Mungkin saat itu, timbul rasa menyesal kerana terpaksa membuat bayaran tambahan yang merupakan bunga atau faedah atau premium atau apa-apa sahaja frasa yang digunakan institusi perbankan dan kewangan kini kerana telah terikat dengan kontrak pinjaman.

    Mungkin saat itu, baru anda rasa terbeban dan tertindas dengan jumlah yang kadangkala tinggi mencecah langit.

    Hutang dalam Islam

    Dalam Islam, hutang yang dibenarkan hanyalah pinjaman Al Qard atau turut dikenali dengan nama Al Qardhul Hasan atau pinjaman kebajikan, kepada orang yang sangat memerlukan bantuan tanpa melibatkan bayaran lebih semasa bayaran balik hutang tersebut.

    Pinjaman ini baik kerana membantu menyelesaikan masalah kewangan orang lain, bukan untuk mendapatkan keuntungan.

    Sebaliknya pula bagi bayaran tambahan yang dikenakan ke atas pinjaman yang dinamakan sebagai riba’ Ad-Duyun jenis Al-Qard, iaitu manfaat tambahan yang disyaratkan oleh pemberi pinjam kepada yang meminjam ke atas pemberian jumlah pinjaman asal.

    Faedah atau manfaat ini adalah suatu bentuk riba’ dan hukum riba’ itu haram.

    Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275 jelas menyatakan “Allah telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba’.”

    Hadis Rasulullah SAW juga ada menyebut, “Setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat (bagi pemberi pinjam) maka ia adalah riba.”

    Ramai yang tahu dengan hukum riba’ sebagai haram namun keliru dengan pengaplikasian hukum ini.

    Dalam konteks pinjaman berunsur riba’, mereka menyangka hukum ini hanya sabit pada pemberi pinjam yang mengenakan faedah, sedangkan hakikatnya bagi pihak yang meminjam juga haram hukumnya.

    Hal ini kerana yang meminjam dikira bersubahat dan terlibat secara langsung dengan riba’.

    Menurut Riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada bersabda, “Si pemberi (riba’) dan si pengambil riba’ adalah sama.”

    Bagaimana pula jika pihak yang meminjam rela membayar bunga kepada pinjaman tersebut?

    Jika pihak yang meminjam dengan sukarela menawarkan pembayaran semula dengan nilai tambah, hukum haram turut sabit, kerana hukuman riba’ tergolong dalam kategori hak Allah SWT dan Islam tidak menerima campur tangan redha manusia dengan hukum yang berkaitan dengan hak Allah SWT.

    Rasional di sebalik penetapan ini ialah pinjaman sepatutnya menjadi suatu proses yang dibuat secara sukarela atas dasar membantu mereka yang mempunyai keperluan kewangan mendesak.

    Jika dikenakan faedah atas pinjaman dalam keadaan terdesak itu, bukankah ianya suatu penindasan yang bersifat sebagai mengeksploitasi kesusahan pihak yang meminjam?

    Kita lihat daripada aspek sosial pula, bukankah bantu membantu dalam masyarakat itu sepatutnya bersifat ikhlas hati tanpa mengharapkan balasan?

    Jika kita mengamalkan pinjaman berunsur faedah ini, secara tidak langsung kita turut menyokong amalan mengharapkan dan mengenakan balasan apabila membantu orang lain, yang seterusnya bakal menghasilkan masyarakat yang hilang sifat tolong-menolong mereka.

    Banyak lagi rasional di sebalik pengharaman riba’ bukan sahaja dalam urusan pinjaman tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan.

    pinjaman berunsur

    Bagi yang ingin melakukan pinjaman, cuba semampu boleh untuk tidak meletakkan diri anda dalam posisi ditindas, ditekan dan dieksploitasi.

    Maknanya, elakkan meminjam daripada pihak yang mengenakan faedah ke atas anda jika anda mempunyai pilihan lain.

    Bagaimana pula jika kita dalam keadaan yang begitu terdesak dan terpaksa mendapatkan pinjaman wang berdasarkan riba’ kerana tiada pilihan lain?

    Sekiranya kita amat memerlukan wang itu untuk perkara yang dibenarkan Syara’ dan kita telah berusaha sehabis daya untuk mendapatkan pinjaman tanpa riba mengikut hukum Syara’ tetapi gagal, maka adalah harus untuk mengambil pinjaman yang berdasarkan riba.

    Contohnya, sekiranya seseorang pelajar itu tidak mampu menyambung pelajaran tanpa mengambil pinjaman berunsur faedah dan dia telah berusaha untuk mendapatkan pinjaman tanpa faedah, dia dikira dalam keadaan darurat yang membolehkannya mengambil pinjaman berdasarkan riba’ berkenaan.

    Jadi persoalan yang timbul bagi yang telah dan sedang mengambil pinjaman riba ini ialah perlukah faedah yang dikenakan hasil daripada pinjaman ini dilangsaikan memandangkan jelas hukumnya haram?

    Jika perkara ini yang menjadi kerisauan anda, bertenanglah kerana Islam itu agama yang syumul, lengkap dan mudah. “Sesungguhnya Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Al-Baqarah: 286).

    Terdapat tiga pilihan kaedah menguruskan pinjaman berunsur riba’ bagi pihak yang meminjam, seperti berikut:

    Kaedah 1: Batalkan terus pinjaman berunsur riba’ jika mampu.

    “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan (jangan menuntut lagi) saki baki riba’ (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah : 278).

    Jelas riba’ itu haram, dan kita dilarang untuk meneruskan pinjaman riba’.

    Oleh itu, jika kita mampu dan boleh membatalkan pinjaman sebegini, maka kita wajib membatalkan terus pinjaman berunsurkan faedah tersebut.

    Kaedah 2: Selesaikan jumlah bayaran pinjaman asal dan batalkan faedah jika mampu.

    Jika tiada cara untuk kita membatalkan pinjaman sebegini, kita perlu membayar pinjaman itu semula cukup sekadar jumlah asal pinjaman tanpa membayar faedah yang dikenakan.

    Kaedah ini terpakai hanya jika kita mampu menghapuskan liabiliti pembayaran faedah tersebut tanpa sebarang kesan negatif melalui perbincangan dengan pemberi pinjam.

    Pinjaman asal itu wajib dibayar namun faedah dikenakan ke atasnya merupakan riba’ yang haram dan perlu dielakkan jika mampu.

    Kaedah 3: Teruskan pembayaran pinjaman dan faedah jika tidak mampu, batalkan.

    Jika tidak mampu untuk mengelakkan diri daripada pinjaman serta pembayaran faedah berkenaan, maka bayarlah pinjaman pada kadar asal termasuk dengan faedah itu sekali.

    Syaratnya ialah kita perlu telah mencuba sehabis daya terlebih dahulu untuk mengelakkan diri daripada membuat  pinjaman berunsur riba’.

    Setelah itu, bertaubat dan menyesallah atas apa yang kita lakukan.

    “Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Asy-syuura: 25)

    Akhir kata, elakkan daripada meminjam atau berhutang.

    Walaupun begitu tidak dapat dinafikan keperluan dunia masa kini kadangkala menekan kita untuk melakukan pinjaman, maka pilihlah pinjaman tanpa unsur riba’.

    Jika telah atau terpaksa mengambil pinjaman dengan unsur riba’, ketahuilah syarat dan kaedah pembayarannya.

    “Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar : 53).

    Pada setiap apa yang diharamkan dalam Islam pasti ada kebaikannya dan mencegahkan kita dari sesuatu yang buruk.

    Artikel ini dikirimkan oleh  Dg Roziekah Binti Ussin. Penulis seorang mahasiswa Fakulti Undang-Undang UKM. Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada pembaca.

    The post 3 kaedah Membayar & Menguruskan Pinjaman Berunsur Faedah (Riba’) appeared first on AKU ISLAM.

    Bagaimana Menyambut Tiga Tetamu Istimewa: Ramadhan, Lailatul Qadar dan Syawal

    $
    0
    0
    tetamu istimewa ramadhan lailatul qadar
    Bersediakah kita untuk menyambut tetamu istimewa tersebut?

    Telah menjadi kewajipan setiap orang Islam untuk merai dan memuliakan tetamu.

    Tetamu adalah amanah yang kita tidak boleh melayaninya sambil lewa. Melayani tetamu adalah sunnah Nabi SAW.

    Apa lagi jika tetamu itu adalah tetamu istimewa yang bukan sahaja datang bertandang malah membawa kepada kita hadiah-hadiah yang istimewa.

    Kita hendaklah menyambutnya dengan penuh kegembiraan.

    Selamat datang wahai tetamu yang sungguh istimewa.

    Ramadhan Al-Mubarak

    Ramadhan adalah tetamu yang agung.

    Datangnya berkunjung selama sebulan dalam setahun.

    Dia membawa kepada kita pelbagai hadiah yang sangat berharga yang perlu kita ambil dan hargai.

    Jika tidak kitalah orang yang paling rugi kerana mengabaikan hadiah yang istimewa itu.

    Di antara hadiah-hadiah istimewa itu ialah pahala berganda untuk setiap amal di bulan Ramadahan.

    Oleh itu kita perlu mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan segala amalan di bulan ini dengan sebaiknya dengan menambah amalan sunat seperti membaca quran dan bertarawih bagi merebut gandaan pahala yang hanya di tawarkan di bulan yang mulia ini.

    Hadiah kedua Allah membuka luas pintu keampunannya di bulan agung ini.

    Dengan iman yang benar tanpa syirik, solat yang sempurna dan menjaga batas-batas agama jika kita memohon ampun kepada Allah akan pasti diampunkannya dibulan yang mulia ini.

    Setiap hari dan setiap masa dibulan ini kita perlu sentiasa bertaubat dan beristighfar kerana luasnya pintu keampunan Allah ada dalam Ramadhan.

    Hadiah ketiga adalah Allah membuka luas pintu langit dan memakbulkan doa-doa orang-orang yang bepuasa.

    Di Ramadhan ini perbanyakkan doa tanpa jemu dan dengan sangkaan yang baik bahawa Allah akan memakbulkan segala permintaan kita.

    Tetapi malangnya surau dan masjid melimpah ruah dengan jemaah hanya pada awal Ramadhan.

    Bila di pertengahan dan hujung Ramadhan kehadiran mulai susut.

    Keghairahan untuk menyambut Aidilfitri telah melalaikan sebahagian dari kita kepada hadiah lumayan bulan Ramadhan.

    Lailatul qadar yang istimewa

    Lailatul qadar adalah tetamu istimewa yang kedua datang bersama Ramadhan.

    Tetamu yang pemalu ini tidak seperti Ramadhan yang datang kepada kita bila berakhir Syaaban sebaliknya bersembunyi di malam-malam hujung Ramadhan.

    Untuk bertemunya kita perlu mencarinya di sepuluh akhir Ramadhan. Dia membawa hadiah yang lebih istimewa iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan seperti dalam Firman Allah SWT:

    “ Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan “  ( Al-Quran Surah Al-Qadar : 3 )

    Menurut ulama seperti Mujahid, Qatadah dan lain-lain, solat dan amalan pada lailatul qadar itu lebih baik dari solat dan puasa di seribu bulan yang tidak terdapat lailatul qadar.

    Ini bermakna jika kita melakukan ibadah bertepatan dengan lailatul qadar kita akan memperolehi ganjaran melebihi amalan seribu bulan.

    Ini satu tawaran hadiah yang sungguh lumayan. Tetapi malangnya kebanyakan dari kita semakin penghujung Ramadhan kita lebih fokus kepada persiapan Aidil Fitri dan mula kurang fokus kepada manambah ibadah.

    Usaha mencari tetamu istimewa lailatul qadar kita abaikan dan telepaslah kita ganjaran yang sangat istimewa yang belum tahu mungkin kita perolehi di Ramadhan akan datang.

    Syawal al-Falah

    Syawal adalah tetamu yang ketiga yang datang kepada mereka-mereka yang telah melalui Ramadhan dengan baik.

    Mereka layak menerima hadiah yang istimewa Syawal iaitu mereka telah menjadi suci bersih dan kembali kepada fitrah.

    Pada 1 Syawal mereka meraikannya dengan bertakbir tanda kemenangan menjadikan Aidilfitri begitu bermakna kepada mereka.

    Hadiah Syawal yang kedua adalah puasa sunat enam hari buat melengkapkan puasa Ramadhan.

    Rasulullah SAW bersabada, “Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi puasa enam hari bulan Syawal bererti telah berpuasa setahun penuh”  ( H.R. Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah )

    Dengan berpuasa enam syawal lengkaplah puasa kita menjadi seolah-olah berpuasa setahun yang tidak ada tawaran yang begitu hebat melainkan di bulan Syawal.

    Namun kebanyakan dari kita pemergian Ramadhan disambut dengan gembira dan Syawal disambut riang.

    Pemergian Ramadhan tidak ditangisi dan tiada lambaian perpisahan. Sebaliknya Syawal dipenuhi dengan keseronokan berpesta raya dan rumah terbuka.

    Puasa enam dilupakan dan puasa ganti ditangguhkan.

    Satu lagi hadiah istimewa telah di abaikan kerana mengejar keseronokan dunia.

    Penutup: sambutlah tetamu istimewa ini dengan sepenuh hati

    Marilah kita menyambut kedatangan tetamu-tetamu ini dengan hati penuh keinsafan.

    Tetamu istimewa ini datang membawa hadiah-hadiah yang istimewa yang mungkin tidak akan kita perolehi lagi tahun hadapan kerana tiada siapa yang boleh menjamin kita akan hidup lagi di tahun hadapan.

    Artikel ini dikongsikan oleh Tuan Abd Rahman Bin Mat Yasin, Seorang pakar dalam bidang taksiran hartanah yang kini menetap di Batu Gajah, Perak. Semoga apa yang dikongsikan oleh Tuan Abd Rahman ini memberi manfaat dan input berguna kepada semua pembaca.

    Syukran Jazilan.

    The post Bagaimana Menyambut Tiga Tetamu Istimewa: Ramadhan, Lailatul Qadar dan Syawal appeared first on AKU ISLAM.

    Hijrah Ke Arah Kebaikan Itu Pengorbanan Yang Sukar, Tapi Juga Perjalanan Paling Indah Dalam Hidup Kita!

    $
    0
    0
    hijrah ke arah kebaikan
    Adakah kita bersedia melakukan hijrah dalam hidup kita? * image by RhymeLawliet

    Dalam kita berniat untuk berhijrah, kadang-kadang ada angin munafik sepoi-sepoi hadir dalam hati kita.

    Bisikan-bisikan ke halwa telinga sehingga akal menerbitkan rasa ingin bertangguh dan bertangguh lagi.

    Dari situ, bermulalah perdebatan antara akal yang terbatas dengan kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh. Mengapa jadi begitu?

    Adakah wajar kita menyalahkan ibubapa kerana kurang memberi perhatian terhadap pendidikan agama kepada kita semenjak kecil?

    Tidak, itu mungkin dosa mereka.

    Usah ditambah lagi belenggu dosa-dosa yang sudahpun sarat terkandung di dalam akaun pahala-dosa kita.

    Mintakan sahaja ampunan bagi mereka.

    Mudah-mudahan Allah mengampunkan ketelanjuran mereka.

    Bangkitlah! Dengarkan tangisan jiwa yang meronta-ronta meminta kita kembali kepada Tuhan.

    Usah biarkan jiwa-jiwa kita terperangkap dalam penjara nafsu dan godaan syaitan yang lemah.

    Mulakanlah langkah untuk berhijrah, sekalipun harus mengengsot!

    Tanya pada diri dari jiwa yang paling dalam, sampai bila aku harus begini?

    Sampai bila aku harus terus derhaka pada Allah yang telah menciptakan aku dari air mani yang hina? Istighfar dan menangislah.

    Ingatlah bahawa sakaratul maut itu kiamat yang paling hampir dengan diri kita.

    Sekujur badan, dari urat-urat kaki yang bakal menjadi kebiruan saat ajal dicabut malaikat maut yang bernama Izrail, sehingga ke urat halkum.

    Itulah hakikat yang tidak boleh kita sangkal lagi, boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja! Bayangkanlah!

    Berhijrahlah.

    Usah ditangguh lagi. Usah tertipu lagi.

    Berhentilah menyeksa batin yang meronta-ronta meminta dikembalikan kepada Tuhannya.

    Indahnya berhijrah, jangan pernah mimpi untuk dapatkannya selagimana kita masih bertangguh, dan asyik bertangguh sehingga kita tertipu dengan janji palsu yang dibuat oleh diri kita sendiri!

    Mulakanlah langkah untuk berhijrah kepada Allah dan RasulNya dengan hati dan jiwa yang terbuka.

    Bagaimana memulakan langkah untuk berhijrah?

    Memang tidak dinafikan, kebanyakan kita tidak terbimbing kerana kurangnya usaha mencari-gali ilmu.

    Ilmu itu harus yang bagaimana? Beli buku yang banyak dan baca seharian sehingga naik jemu?

    Tidak.

    Ilmu itu tidak semestinya harus daripada buku sahaja.

    Namun, jika kita perhatikan kembali, apakah perintah pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s?

    Iqra’! (Bacalah!).

    Itulah wahyu yang pertama diturunkan kepada Nabi kita, Muhammad s.a.w.

    Oleh itu, kepada anda yang sedang mencari petunjuk dan bimbingan, di sini saya kongsikan apakah rahsia untuk kekal (istiqomah setelah) berhijrah.

    Semoga dengan pembacaan saudara-saudari sekalian melalui penulisan yang sangat dhaif ini, serba sedikit dapat memberi dorongan dan semangat untuk anda yang masih terkapai-kapai mencari cahaya hijrah. InsyaAllah.

    Sebelum memulakan langkah, berniatlah untuk berhijrah keranaNya semata-mata, bukan kerana nafsu.

    Usah berkira-kira denganNya untuk memulakan langkah. Usah memilih jalan berhijrah yang didorongi hawa nafsu!

    Agama itu bukan untuk dipilih-pilih yang mana satu pilihan qalbu.

    Agama itu bukan selayaknya dipilih menurut hawa nafsu kita.

    Bukan seperti kita memilih makanan; yang mana kita sukai, kita ambil dan jamu.. dan yang mana kita tidak sukai, kita tinggalkan atau buang sahaja.

    Jangan begitu, wahai jiwa-jiwa yang meronta mencari ketenangan!

    Sekarang rujuk semula rukun Islam dari nombor satu.

    Rukun Islam yang pertama adalah syahadah.

    Yang ini saya pasti anda sudah lulus (boleh menyebutnya dengan tepat), bukan?

    Lihat pula rukun Islam yang kedua.

    Bukankah solat lima waktu adalah rukun Islam yang kedua?

    Rahsia untuk istiqomah setelah berhijrah itu sebenarnya cuma satu (mengikut pengalaman sendiri).

    Pernah tak anda mengamalkan sesuatu (ibadah) dan meninggalkan yang lain dalam waktu yang sama?

    Contohnya, berpuasa tetapi tidak menunaikan solat. Berpuasa, tetapi tidak menutup aurat. Banyak bersedekah, tetapi tidak menunaikan solat. Suka membaca al-Qur’an, tetapi tidak menutup aurat.

    Amalan wajib dikerjakan sementara amalan yang wajib lain ditinggalkan. Atau amalan wajib ditinggalkan sementara amalan sunat digandakan.

    Adakah anda antara yang seperti saya nyatakan di atas?

    Jika ya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai agama yang dipilih menurut hawa nafsu.

    Oleh itu, apakah satu rahsia yang saya maksudkan untuk istiqomah?

    Rahsianya ialah solat lima waktu.

    Jagalah solat sehingga dapat merasakan nikmat khusyuk dan kemanisan memeliharanya dalam kehidupan seharian.

    Jangan pernah meninggalkannya sekalipun harus mengengsot ke tempat wudhuk kerana sifat malas yang telah menguasai diri.

    Jika direnungi kembali, untuk menjaganya tidaklah sampai harus mengengsot kerana terlalu malas, bukan?

    Berhentilah memperhambakan diri kepada selain Allah dengan meninggalkan solat.

    Sekiranya anda meninggalkan solat ketika melaksanakan sesuatu tugasan, bermakna anda sedang memperhambakan diri kepada tugasan itu dan telah menduakan Allah!

    Solat itu adalah tujuan utama Allah ciptakan kita.

    Allah berfirman (yang bermaksud);

    “Tidaklah Ku ciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku.” [QS. adz-Dzariyat: 56]

    “dan ibadah yang paling agung di sisi Allah adalah solat!”Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid.

    Sesuai dengan ungkapan yang biasa kita dengar, ‘hijrah itu pengorbanan’.

    Sekiranya tiada pengorbanan, usah bermimpi di siang hari untuk mendapatkan hasilnya yang lumayan.

    Dan hasil yang lumayan itu adalah ‘istiqomah’, kemanisan iman, ketenangan, nikmat Islam dan ganjaran dari Allah di akhirat kelak.

    Sebelum anda berniat untuk kekal hijrah dengan sesebuah amalan, mulakanlah dahulu dengan menjaga solat lima waktu.

    Usah mulakan dengan memakai tudung terlebih dahulu, kerana dari solatlah juga aurat itu akan terpelihara dengan sempurna. Percayalah!

    Dengan terjaganya solat, Allah akan terus membimbing kita ke jalan yang benar.

    Perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit anda akan dapat merasakan ketenangan dan dapat ‘melihat’ cahaya yang indah yang tidak akan ada lagi perkara selain Islam yang anda akan nampak lebih indah.

    Kerana sesungguhnya Islam itu terlalu indah dan tiada yang lebih indah daripada nikmat Islam dan iman.

    Sekiranya dengan memakai tudung dahulu langkah dimulakan, maka tidak mustahil hanya tudung sahajalah yang akan kekal, sedangkan aurat itu bukan sekadar rambut dan leher.

    Sekiranya hijrah dimulakan dengan berpuasa terlebih dahulu, maka tidak mustahil hanya puasalah yang akan kekal, padahal solat lima waktu itu adalah rukun yang lebih atas daripada puasa.

    Sekiranya langkah untuk mulakan hijrah dimulakan dengan membaca al-Qur’an, maka tidak mustahil hanya membaca al-Qur’an sahajalah yang akan kekal, isinya tidak diamalkan, sedangkan Kalamullah itu terkandung ayat-ayat yang memerintahkan kita untuk solat.

    Dan begitulah seterusnya jika kita hanya memilih untuk berhijrah yang didorongi oleh hawa nafsu.

    Usah begitu, wahai jiwa-jiwa yang merintih!

    Namun, bukanlah bererti saya meninggi diri dan merendah-rendahkan setiap hamba yang berusaha menjadi yang lebih baik.

    Kerana boleh jadi ia baik untuk saya, tetapi tidak baik untuk anda, dan begitu juga sebaliknya.

    Tidak mustahil juga jika memulakan hijrah melalui pembacaan al-Qur’an, setelah itu timbul kesedaran untuk istiqomah beramal dengan isi-isinya yang telah dibacakan.

    Kerana wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w adalah perintah membaca.

    Tetapi melalui penulisan ini, saya menyeru sekalian pembaca yang memerlukan bimbingan, untuk berfikir dan muhasabahkan diri sejenak dengan apa yang telah saya kongsikan.

    Sudah berapa ramai dalam kalangan kita yang terjebak dengan permasalahan agama seperti ini?

    Mengambil agama apabila berasa senang dengannya, dan melupakannya apabila berasa tidak senang dengannya.

    Sebab itulah saya kongsikan melalui pengalaman saya sendiri memulakan penghijrahan beberapa tahun yang lalu.

    Jangan lupa jaga akhlak juga! Kerana daripada akhlaklah punca amal soleh kita diterima Allah, insyaAllah.

    Rasulullah s.a.w bersabda: إنما بعثت لأتم صالح الاخلق
    ”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang soleh”. (HR: Bukhari dalam sahih Bukhari kitab adab, Baihaqi dalam kitab syu’bil Iman dan Hakim).

    Ayat-ayat tafsir al-Qur’an di bawah saya lampirkan sekali sebagai peringatan serta panduan untuk kita semua termasuk diri saya sendiri.

    Semoga saya, dan kita semua dapat istiqomah sehingga sampainya satu saat di mana tiada lagi taubat diterima oleh Allah, iaitu ketika malaikat Izrail hadir di sisi tanpa diundang.

    Amin ya rabbal a’lamin.

    Wallahua’lam bisowab.

    Sekian, semoga bermanfaat.

    Selawat serta salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w serta kaum kerabat dan para sahabat baginda, semoga Allah merahmati mereka semua. Amin.

    Allahumma solli a’la sayyidina Muhammad, wa a’la alihi wasohbihi wabarik wasallim.

    “Bacalah kitab (al-Qur’an) yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”[Surah al-Ankabut, ayat 45]

    “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) dengan sia-sia (tanpa tujuan)? Dan kamu (menyangka pula) bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”[Surah al-Mu’minun, ayat 115]

    “Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”[Surah As-Saff, ayat 2-3]

    “Dan mereka berkata: ‘Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari sahaja, “Katakanlah; ‘Sudahkah kamu menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janjiNya, ataukah kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?’ (Bukan demikian), yang benar; barangsiapa berbuat dosa dan ia telah diliputi oleh dosanya, mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”[Surah al-Baqarah, ayat 80-81]

    “Bagi setiap umat telah Kami tetapkan syariat yang tertentu yang (mesti) mereka amalkan, maka tidak selayaknya mereka membantah dengan engkau (wahai Muhammad) dalam urusan (syariat) ini, dan serulah (mereka) kepada Tuhanmu. Sungguh, engkau berada di jalan yang lurus.”[Surah al-Hajj, ayat 67]

    “Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan di dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman-tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”[Surah al-Hadid, ayat 20]

    “Maka bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya yang kamu mampu.” [Surah at-Taghabun, ayat 16]

    “Maka bertanyalah kepada ahlinya (orang-orang yang tahu atau pakar) jika kamu tidak mengetahui (keadaan sesuatu perkara).” [Surah an-Nahl, ayat 43]

    “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya ia merupakan musuh yang nyata bagi kamu.”[Surah al-Baqarah, ayat 208]

    “Dan mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya hal itu amatlah berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”[Surah al-Baqarah, ayat 45-46]

    “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan (dosa) kerana kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

    Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (dosa) yang hingga apabila dating ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan, “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan seksa yang pedih.”[Surah an-Nisa’, ayat 17-18]

    “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kebenaran.” [Surah al-‘Asr, ayat 1-3]

    Artikel ini ditulis oleh Fatin Farhanah Bt Repini untuk dikongsikan bersama pembaca laman ini. Semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada anda.

    The post Hijrah Ke Arah Kebaikan Itu Pengorbanan Yang Sukar, Tapi Juga Perjalanan Paling Indah Dalam Hidup Kita! appeared first on AKU ISLAM.

    Apa yang sama antara kau dan hujan? Memberi berjuta cerita dan harapan kepada Tuhan.

    $
    0
    0
    hujan dalam hati
    Siapa yang mampu melihat hujan dalam hati kita? Sometimes, life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places.

    Aneh…

    …taip kali nama kau hadir, tiap kali itu juga air mata akan mengalir.

    Kau seperti hujan,

    Datang tiba-tiba lalu pergi meninggalkan seribu cerita.

    ….

    Hujan.

    Teragak-agak dia nak melangkah.

    “Haih. Aku tak suka hujan. Redah je lah! 1 2 3!”

    Dia pelik. Aik. Kenapa tak basah?

    Dia tengok atas. Payung? Cepat-cepat dia toleh sebelah.

    Siapa dia ni?

    Gadis tersebut tersenyum manis.

    “Shall we?” Gadis itu senyum lagi.

    ….

    “Nah. Aiskrim.”
    “Apesal tetiba?”

    “Sebab aku suka makan aiskrim bila aku sedih.”
    “Makan aiskrim waktu hujan?”

    *angguk*

    Sepi.

    “Hidup tanpa ujian bukan hidup namanya. Tapi mimpi. Tak salah kalau nak menangis. Yang salah bila lepas nangis tapi tak nak bangkit balik.”

    *sepi lagi*

    “Dia tu baik. Aku tak. Bukan ke orang baik selalu dapat orang baik.”

    “Definisi baik itu ikut definisi baik Allah. Kau usaha la bagi sama level dengan dia. Then doa banyak-banyak.”

    “Aku tahu siapa aku. Tak baik.”

    “Selagi ada nafas, selagi ada hidayah dalam hati, tak ada istilah terlambat untuk berubah jadi baik. Meskipun nanti kau tak berjodoh dengan dia.”

    “Banyak dosa aku da buat. Aku rasa down. Sedih. Loser.”

    “Tak payah cerita aib kau. Biar Allah je tahu. Tak pe pun rasa sedih, rasa down atau rasa loser. Kadang semua tu yang bawa kita pada Allah. Bila kita nangis dan tak berdaya, tu la tandanya kita ni hamba.”

    Capai tangan dan senyum segaris.

    “Kau tahu. Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya. (Imam Syafie)”

    *Tarik nafas.*

    “Kalau mungkin satu hari nanti dia memang jodoh kau, tu hanya sebab Allah tak pernah silap mengatur jodoh.”

    “Aku mungkin tak dapat orang yang aku cintai tapi Tuhan ganti dengan sahabat sejati.”

    ….

    “Kenapa sedih?”
    “Eh. Siapa cakap aku sedih?”

    “Tu. Makan aiskrim waktu hujan.”

    Pandang dan senyum kelat.

    “Tahu apa maksud iman?”

    *Jeda*

    “Mempercayai dengan hati, mengakui dengan lisan dan beramal dengan anggota. Selagi ada iman, walau senipis kulit bawang, selagi tu tetap ada ruang untuk jadi baik.”

    *tiada respond*

    “Didik diri macam mana kecewa pun dengan hidup, macam mana tertekan pun dengan ujian, kena kuatkan iman. Cari Allah semula walau kau rasa kau teruk sebab cari Allah masa kau susah je. Tapi, sekurang-kurangnya kau tahu yang akhirnya kau kena balik pada Allah. Terkadang dalam hidup ni kita rasa seakan nak putus asa tapi kemudian kita tersedar yang rahmat Allah itu luas. Life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places. Have faith and trust in Allah.”

    “Kau tak tempuh apa yang aku lalui. Kau tak rasa apa yang aku rasa.” Nada mendatar.

    “Aku mungkin tak rasa apa yang kau rasa. Aku mungkin tak lalui apa yang kau dah lalui. Bak kata kau, dunia setiap orang tak pernah sama. Tapi entah macam mana, aku yakin kau mesti boleh tempuh dan rempuh masalah tu. Keep being strong. Mana sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (Al-insyirah: 5-6)”

    “Things are easier said than done.”

    “Aku tahu tiada kata-kata yang boleh hilangkan keresahan kau. Tapi aku boleh teman kau walk through it. Sebab kita kawan Lillahi Taala. Kuatlah seperti selalu. Walau terkadang rasa tak mampu.”

    “Aku tak kuat.“

    “Tahu. Sebab tu kau kena minta kekuatan dekat yang Maha kuat.”

    “Aku sebenarnya cemburu dengan kau. Yang dalam diam, kau sendiri jadi penguat untuk orang lain walau kau sendiri terkadang tak sedar hakikat itu.”

    “Kau akan jadi kuat, lebih kuat dari aku.”

    Awak, banyakkan senyum. Senyum itu terapi jiwa.

    Dah lama saya tak nampak awak senyum. Macam dulu-dulu. Tolong senyum macam tu lagi.

    Bersemangat dan bercahaya.

    ….

    “Sepanjang kita berkawan ni, aku pernah buat kau terasa hati tak?

    “Bukan sahabat kalau tak pernah makan bersama, tidur bersama buat perkara gila-gila dan bergaduh manja. It is just to prove that the friendship is strong enough to survive.”

    *Jeda*

    “After all this, I still and will love you more. Sahabat sejati takkan pernah berubah hati.”

    “Walau mendung langit Tuhan tak bermakna ini adalah pengakhiran kerana mungkin itu petanda kepada satu permulaan. Permulaan kepada kehidupan dan kebahagiaan.”

    “Sahabat akhirat tu bila dia langsung tak kisah kau cari dia hanya waktu kau susah.

    ….

    “Alhamdulillah. Hujan.” Senyum.

    “Kenapa kau suka hujan?”

    “Apa yang membuatkan aku suka hujan? Kerana hujan seringkali mengingatkan aku kepada Tuhan.”

    “Lagi?”

    “Iya. Hujan. Waktu mustajab untuk berdoa.” Senyum bahagia.

    Tangan ditarik.

    “Eh! Apa ni apa ni!”
    “Jom main hujan!” Kenyit mata.

    “Taaakkkk naaaakkkk!!”

    Terkadang di saat kita hampir mendapat sesuatu dan ia gagal di saat-saat akhir, kita terus kecewa dan berputus asa. Percayalah bahawa perkara buruk yang terpaksa ditempuhi adalah ujian yang telah ditetapkan.

    Maka, percaya dan yakin pada Allah.

    Jika kamu orang yang beriman, kamu pasti percaya kepada ketentuan.

    ….

    Aku lihat langit. Cerah.

    Tapi kenapa aku rasa hati aku yang ‘hujan’?

    Kenapa kau yang sedih tapi aku yang menangis?

    Kenapa kau yang ‘pergi’ tapi seolah-olah aku yang ‘mati’?

    Apa yang sama antara kau dan hujan?

    -Sama-sama memberi berjuta cerita dalam hidup aku.

    Dan seringkali cerita itu akhirnya membawa aku kepada Tuhan.

    Usai membersihkan daun-daun kering dan menyedekahkan al-fatihah, perlahan-lahan dia melangkah pergi dari situ.

    Sahabat.

    Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini.

    Terima kasih kerana telah menjadi penglipur lara dan penyeri hati.

    Syukran untuk segala kenangan yang sudah terpahat menjadi memori.

    Kau,
    Aku titipkan dalam jagaan Tuhan.

    Artikel ini adalah dikongsikan oleh Nur Rahimah Fitrah Binti Mohd Sofyan. Semoga apa yang ditulis memberi inspirasi dan kebaikan kepada pembaca.

    Semoga bermanfaat.

    The post Apa yang sama antara kau dan hujan? Memberi berjuta cerita dan harapan kepada Tuhan. appeared first on AKU ISLAM.

    Bokeh Episod 1: Coklat

    $
    0
    0

    coklat mati

    Oleh : Nur Hidayah Ismail

    Tiada kata-kata yang mampu membuat kita berubah. Tetapi kata-kata yang dihadam di dalam hati itulah yang mampu membuat kita berubah.”

    Sodrina menyanyikan lagu Raihan iaitu Demi Masa dengan suara yang perlahan.

    Dia baru saja balik dari perpustakaan di maktabnya.

    Belum sempat kaki kanan melangkah ke ruang bilik beralas tikar berwarna seperti jerebu, rakan sekelasnya, Aqila menyapanya dari jauh.

    “Sodrina!”

    Senyuman Aqila menghiasi kelopak mata Sodrina. Makin hampir. Rentak tawa yang kecil kedengaran di tingkat tiga sebaik saja melihat gelagat Aqila yang berlari-lari anak untuk mendapatkannya.

    “Dari library?”

    Belum sempat Sodrina menjawab, Aqila memintasnya dengan soalan lagi.

    “Ada tak buku rujukan untuk kerja kursus kita?”

    Sodrina senyum lagi. “Ya, saya baru pulang dari library. Ada tiga buah buku rujukan yang  saya jumpa tadi.” Semua soalan dijawab sekaligus.

    Aqila tersenyum lebar. “Aku pinjam nanti, ya?”

    Sodrina mengangguk. Seketika dia berasa hairan apabila Aqila memandangnya dari atas ke bawah. Apa yang tidak kena?

    “Sodrina! Kau selalu saja pakai baju warna coklat. Tak jemu, kah?” soal Aqila sambil menggeleng kepala beberapa kali.

    Sodrina tersenyum sebaik saja soalan Aqila menerpa masuk di gegendang telinganya. Dia tidak menafikan pandangan rakannya itu.

    Dia mempunyai banyak baju kurung dan baju muslimah yang berwarna coklat.

    “Saya suka warna coklat.” Sodrina membuka sarung kaki di sebelah kaki kiri diikuti dengan kaki kanan.

    Aqila yang sudah duduk di tepi katil dilirik sekejap.

    “Warna itu mengingatkan saya tentang tanah. Tanah pula mengingatkan saya tentang mati. Mati mengingatkan saya kepada Allah.”

    Dia letak beg di penjuru katil.

    “Kan Qila ada bagitahu hari itu tentang sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud,  ‘Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati.’ Bukankah begitu?”

    Sodrina merenung lembut sepasang mata milik Aqila.

    Aqila dilihatnya terdiam, mata itu bulat memandangnya.

    “Jom keluar petang nanti. Makan aiskrim coklat!” Ukiran senyuman makin lebar di tebing bibirnya.

    Warna coklat begitu memikat,

    ada makna yang tersirat..

    Bersambung…

    Ini adalah cerpen bersiri yang akan dihantar oleh masa ke semasa oleh Nur Hidayah binti Ismail. Semoga setiap episod yang bakal tersiar nanti akan memberi manfaat kepada pembaca

    The post Bokeh Episod 1: Coklat appeared first on AKU ISLAM.

    Bagaimana Mahu Terus Kuat Melangkah dan Meneruskan Kehidupan?

    $
    0
    0

    kuat dalam kehidupan

    “Saya harap saya kuat macam awak, can you give some tips?”

    “tiada yang mudah melainkan dengan izin yang Esa”

    Senyum, tarik nafas.

    Kekuatan itu tidak hadir melainkan dengan izin yang Esa.

    Dari satu fasa ke satu fasa lain, tak mudahkan.

    Apa yang saya boleh kata, awak kena berbalik pada Allah, baiki hubungan dengan Nya, dan semuanya akan dipermudah.

    Bagaimana untuk memperoleh kekuatan itu?

    Pertama, tekad.

    Awak kena bagi diri awak peluang, peluang untuk hidup yang lebih bermakna.

    Dengan meletakkan diri awak dalam frasa yang lama membuat diri awak sendiri yang tutup peluang untuk awak dapat kehidupan yang lebih baik.

    So, tanyalah pada diri okey.

    Awak nak keluar tak dari dunia lama tu.

    Kedua, sabar.

    Sabar mudahnya terucap dibibirkan, tapi hakikatnya kita sebagai manusia, selalu mengehadkan kesabaran tu.

    Sabar itu indah namun payah.

    Ya, untuk  belajar menerima kehidupan baru itu kena banyak sabar.

    Ingat senang ke nak sesuai kan dengan kehidupan baru.

    So sabarlah dengan rencana Allah, mungkin ada ujian yang Allah kirim buat kamu.

    Ketiga, Redha.

    Ini satu lagi perkataan yang tersangatlah mudah nak dilontar.

    “Kau redho jelah”.

    “redha okey”.

    Senangnya.

    Tarik nafas dalam dalam.

    Macam mana redha, bila kau tak lagi mengeluh dengan ujian Allah.

    Malah bersyukur.

    Macam mana nak bersyukur?

    Anggap saya ujian ini cinta.

    Ya, Cinta dari yang Agung.

    Keempat, Hikmah.

    Saya ingat lagi, sahabat saya cerita, ada seorang adik ni, dia punya positif dengan setiap yang berlaku, sampai dia cakap, kita kena cari hikmah yang Allah nak kasi ini, mesti ada satu satu pengajaran.

    Saya pegang yang tu je.

    Alhamdulillah, hari ke hari makin mampu positive.

    Kelima, Doa dan Tawakal, kita dah berusaha.

    Kita dah berusaha untuk keluarkan diri kita dari frasa lama.

    Dan bila kau kata “aku tak mampu, aku tak kuat, aku….”, sekali lagi sabar dan jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah ya.

    Allah tengok usaha kita. Allah kira.

    Tapi, jika tak mampu sangat nak memulakan langkah, doalah moga Allah kuatkan langkah kita, moga Allah tekadkan jiwa kita.

    Allah s.w.t berfirman dalam surat cintaNya buat kita:

    Dan sekiranya hamba-Ku bertanya tentang-Ku kepadamu (wahai Muhammad) maka (katakanlah) sesungguhnya Aku amat dekat.

    — Al-Baqarah 2:186

    Buku lama jangan terus ditutup dan dibuang sesekali ia perlu diselak kerana yang lalu itu pengajaran terindah

    Sesekali pasti ada angin yang datang menyentuh sayu jiwa, tetaplah teguh moga angin yang menyapa terus mendamaikan.

    Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada Norliyana ZulkifliSemoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah =)

    The post Bagaimana Mahu Terus Kuat Melangkah dan Meneruskan Kehidupan? appeared first on AKU ISLAM.

    Bagaimana Nilai sebuah persahabatan Akan Mengubah Cari Fikir Kita Mengenai Kehidupan?

    $
    0
    0

    Nilai sebuah persahabatan dalam islam

    Ramai orang bersahabat, tetapi tidak ramai yang ada sahabat yang sejati.

    Ramai yang bersahabat, mana mungkin kita hidup di dunia ini bersendirian tanpa insan yang bergelar sahabat.

    Tidak dinafikan jika dahulu sahabat kita adalah ibu bapa dan adik beradik kita.

    Kemudian apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan, akan ada pula kenalan lain digelar rakan dan rakan baik sehingga ada yang seperti belangkas asyik berkepit 24 jam.

    Namun, ada juga persahabatannya terhenti seiring tamatnya musim persekolahan.

    Oleh itu, apa sebenarnya erti sebuah persahabatan yang dianjurkan oleh Islam?

    Adakah sahabat seseorang yang mempunyai banyak persamaan dengan kita? Atau seseorang yang ada bersama kita ketika kita senang atau susah?

    Atau seseorang yang mungkin seakan lupakan kita tetapi doanya tidak putus buat kita?

    Kita tinggalkan sebentar soalan ini.

    Untuk apa kita bersahabat sebenarnya?

    Satu persoalan yang jarang kita tanyakan pada diri kita. Mungkin kurang penting pada kita.

    Tetapi sebenarnya matlamat persahabatan itu perlulah jelas agar nilai sebuah persahabatan itu dapat kita raih dan nikmatnya dapat kita rasai.

    Mungkin ramai mudah mengatakan, “Aku bersahabat kerana Allah”, namun, sejauh mana kita mampu melaksanakannya.

    Jangan kita ingat hanya Cinta memerlukan pengorbanan, persahabatan juga memerlukannya. Fitrah manusia yang dikurniakan emosi.

    Di saat persahabatan kita diuji, di sini kita boleh nilai sejauh mana ikhlasnya kita bersahabat. Orang kata kawan ketawa ramai, kawan menangis jarang dijumpai.

    Mampukah kita yakin ada di kalangan sahabat kita yang akan ada untuk mendukung kita di saat kita memerlukan mereka?

    Jika itu yang kita inginkan, sudah semestinya sahabat kita juga berfikiran yang sama.

    Sudah saya utarakan tadi, persahabatan yang tulus adalah benar-benar kerana Allah. Tidak mengharapkan sebarang balasan, hanya untuk memberi.

    Tidak ada sebarang rungutan apabila melakukan dengan ikhlas. Sejauh mana kita ikhlas dalam bersahabat hanya Allah yang mampu menilainya. Saya teringat satu kata-kata tentang ikhlas:

    “Masih belum ikhlas kalau kita masih boleh mengungkit”.

    Indahnya bersahabat kerana Allah, kerana semua yang dilakukan untuk sahabat hanya untuk mengharapkan balasan dariNya. Lalu, untuk apa pujian manusia atau balasan darinya sedangkan ada Allah yang Maha Kaya.

    Ketika saya mencoretkan artikel ini, saya teringatkan sahabat saya yang sentiasa mengingatkan kami tentang Allah. Tuturnya tidak lari dari mengharapkan redha Allah.

    Pada mulanya,saya seolah-olah malu dengannya, seakan saya dipaksa berbuat baik di depannya.

    Namun, ketika saya faham bahawa dia menasihati atas rasa kasih pada sahabat dan untuk kebaikan diri saya juga tanpa mengharapkan sebarang balasan, saya mula mengerti.

    Saya pernah terbaca satu petikan bahawa Allah akan mengirimkan orang yang baik jika kita berniat untuk menjadi orang yang baik.

    Sebab itu kita harus bijak memilih sahabat kerana sahabat merupakan cerminan diri kita. Oleh itu, bagaimana jika sahabat kita belum seperti yang kita harapkan?

    Jawapannya, jangan tunggu sahabat yang baik tetapi jadilah sahabat yang baik itu. In Shaa Allah, kita akan menjadi magnet yang membawa perubahan itu.

    Dalam hati setiap hamba Allah pasti ada satu rasa untuk berubah. Itulah fitrah mungkin cara untuk menzahirkannya sahaja perlukan mujahadah.

    Jadi dahulu seperti yang diinginkan

    Mari sahabatku, kita refleksi diri. Jadilah seperti yang kita impikan.

    Dalam memilih pasangan hidup, kita amat behati-hati agar pasangan kita dapat bersama-sama kita menuju redhaNya.

    Dalam persahabatan juga wujudkan ciri-ciri sahabat yang diidamkan agar kita dapat sama-sama menikmati indahnya bersahabat keranaNya.

    Di sini saya gariskan beberapa ciri yang perlu ada dalam diri seorang sahabat (juga untuk kita yang bergelar sahabat)

    1. Berpegang pada agama (Beragama sahaja tidak cukup kerana cinta pada Allah bukan hanya melalui kata-kata sahaja tetapi melalui perbuatan melaksanakan perintah dan menghindari laranganNya)
    2. Berakhlak (Akhlak ini apa yang terzahir di hati, dan sesungguhnya akhlak yang terpuji ada pada Rasul yang kita cintai, Nabi Muhammad s.a.w)
    3. Sanggup berkorban
    4. Menjaga aib sahabatnya
    5. Sentiasa menasihati dan bersedia menerima teguran

    Akhir kalam: nilai sebuah persahabatan yang sebenarnya.

    Saya ulang soalan tadi apa sebenarnya erti sebuah persahabatan yang dianjurkan oleh Islam?

    Sahabat adalah insan yang selalu di samping kita walau tidak ada di depan mata tapi dalam doanya sentiasa ada untuk kita.

    Islam menganjurkan persahabatan yang dilandasi kasih sayang kerana Allah.

    Jika itu matlamatnya pasti akan saling ingat-mengingati ke arah kebaikan dan bersama-sama mencegah kemungkaran. Indahnya hidup bersahabat bukan?

    Kesimpulannya, persahabatan itu cukup indah bagi mereka yang benar-benar megerti akan nilainya. Sedarlah wahai sahabat adalah antara hadiah terbaik dari Allah untuk kita.

    Jangan sesekali bersahabat kerana keperluan semata-mata kerana apa sahaja yang kita lakukan tidak akan lari dari Yang Maha Melihat.

    Manusia memang tidak lari dari kesilapan tetapi itu tidak menjadi alasan untuk kita tidak berusaha berubah ke arah kebaikan. Mari audit diri.

    Cuba hayati bait-bait lirik lagu nyanyian kumpulan Brothers yang berjudul Teman Sejati ini;

    Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjalanan ini,

    Bersyukur kini padaMu Ilahi teman yg dicari selama ini telah kutemui,

    Dengannya disisi perjuangan ini senang diharungi bertambah murni kasih Illahi,

    KepadaMu Allah ku panjatkan doa agar berkekalan kasih sayang kita,

    Kepadamu teman ku pohon sokongan, pengorbanan dan pengertian,

    Telah kuungkapkan segala-galanya.

    ….

    Artikel ini dikongsikan ke inbox kami oleh Nor Umira binti Shahar. Semoga memberi manfaat yang baik kepada semua. Syukran.

    The post Bagaimana Nilai sebuah persahabatan Akan Mengubah Cari Fikir Kita Mengenai Kehidupan? appeared first on AKU ISLAM.

    Viewing all 112 articles
    Browse latest View live